Oleh SELENA TAY
PENULIS baru sahaja dapat tahu dari sebuah gerai di pasar pagi Kepong bahawa harga bawang kecil sudah mencecah RM12 sekilogram. Bahkan harga ini bukan stabil tetapi sedang meningkat.
Penjual memberitahu bahawa harga bawang kecil tersebut sampai pada paras RM12 sekilogram pada 20 Jun lalu.
Mengulas hal tersebut, penjual berkata bahawa “keadaan itu berlaku disebabkan oleh kegawatan ekonomi dan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pasti akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.”
Beliau juga ketawa sambil berkata, “Tunggulah BR1M 3.0, tunggu dan tengok.”
Kenaikan harga beberapa barang makanan sejurus selepas PRU13 walaupun tidak dihebohkan tetap dapat dirasai oleh orang yang biasa mengunjungi pasar pagi.
Buat masa ini, hanya rakyat di kampung sahaja yang selesa tetapi rakyat di bandar terutamanya daripada golongan miskin dan yang berpendapatan rendah yang mewakili 51% yang mengundi Pakatan Rakyat memang tidak puas hati terhadap adegan kerajaan BN yang tidak berprihatin ini.
Apabila harga barang makanan seperti bawang kecil boleh naik harga dengan begitu mendadak sekali dari harga lamanya RM8 sekilogram (itupun sudah mahal) maka tidak berapa lama lagi harga barang makanan yang lain juga akan meningkat naik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan