HALAMAN SANTAI
Ahad, 28 Julai 2013
Apa pandangan NGO tentang usaha pendamaian?
Kurang dari 48 jam lalu, tiga badan bukan kerajaan (NGO) berlainan bangsa berselisih faham sebelum misi utama mereka berjalan. Hal tersebut pastinya membuat masyarakat tertanya-tanya apakah peranan yang dapat dimainkan mereka bagi menjernihkan keadaan selepas pilihan raya umum lalu. Dalam siri kelima yang menceritakan tentang usaha pendamaian, The Malaysian Insider mendekati NGO.
Sangat lucu apabila sekumpulan pemimpin Melayu, Cina dan India melangkah ke sidang media untuk mengumumkan kerjasama tetapi tidak lama kemudian, perselisihan faham tercetus.
Ia terjadi apabila Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin mengadakan sidang media Jumaat lalu bagi mempertahan guru besar SK Seri Pristana yang mengarahkan murid bukan Islam makan pada waktu rehat di bilik mandi bersebelahan tandas.
Sebelum ini, Zulkifli cukup dikenali atas penghinaannya terhadap agama Hindu.
Ahli Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinbam) marah dengan pengumuman Zulkifli hingga mendorong mereka meninggalkan sidang media berkenaan.
Persatuan Cina Era Baru Malaysia (Percisma) pula hanya melihat bagaimana NGO kaum cuba bergabung di Malaysia.
Perihal NGO itu menyampaikan mesej kepada pemimpin negara jika mereka mampu merealisasi usaha pendamaian selepas kemelut pilihan raya.
Ini yang disampaikan Datuk Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insider tentang badan pemerhati pilihan raya, Bersih:
“Kerajaan sewajarnya mula mendengar dan mendekati kami, bukan terus menganggap kami sebagai musuh.
“Ada sebahagian mereka dalam kerajaan yang ingin bekerjasama dengan kami namu usaha ini harus bermula dari atas,” katanya.
Nada sama turut diutarakan majlis rundingan antara agama berhubung kepimpinan dalam politik.
“Keengganan ahli politik melindungi hak asas beragama menyebabkan kami perlu bergerak ke hadapan,” kata Jagir Singh, Naib Presiden Majlis Rundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia.
Kumpulan itu ditubuh sejak 30 tahun lalu bagi mempererat kerjasama antara agama dan ia dilihat relevan apabila timbul isu pertukaran agama anak dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
“Peranan kami bagi mengingatkan kerajaan tentang polisi dan hal berkaitan agama,” kata Jagir.
"Saya tidak lihat ada penyelesaian pada masa depan. Ia usaha berterusan bagi memperjuang hak kami,” katanya.
Sekali lagi, ada suara yang bergema tentang kepimpinan dan kali ini ia membabitkan kes kematian suspek dalam tahanan polis.
“Kita menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menjamin ketelusan.
“Namun gesaan kami tidak disahut,” kata Eric Paulsen, Penasihat Lawyers for Liberty.
NGO itu berkata, ia suatu gesaan kepada pembaharuan undang-undang bagi mencabar kes tidak mematuhi perlembagaan serta keputusan agensi kerajaan dan pihak berkuasa lain yang tidak munasabah.
“Ya, sudah tentu bilangan kes yang kita terima mencatat peningkatan kerana permintaan mereka yang teraniaya.” kata Paulsen yang menyifatkan, ‘tanggungjawab’ NGO itu bertambah sejak Februari 2011.
Beliau memetik kes keganasan polis yang menyebabkan kematian suspek dalam tahanan, antaranya kematian N Dhamendran, P Karuna Nithi dan beberapa kes baru-baru ini.
Mereka hanyalah NGO. Maka, mengapa bersusah-payah memantau kepimpinan kerajaan?
“Segala hal dalam negara berkisar tentang politik dan parti,” kata Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Badan yang tidak terlibat dengan politik, kebanyakannya mahasiswa dan anak muda mahu perubahan urus tadbir negara atau lebih spesifik, pembaharuan pilihan raya.
"Kita tidak kisah sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR). Kami mahu orang yang mampu mengurus dengan baik dan mengutamakan hal rakyat,” kata Chegubard.
Jika semuanya berunsur politik, sehinggakan NGO turut menggariskan ahli politik dan kepimpinan. Apa yang ingin cuba disampaikan?
Bagi Ambiga: “Ada usaha bagi menyempitkan ruang demokrasi oleh sesetengah pemimpin dengan menghalang kebebasan asasi. Malah, perakuan itu sendiri datangnya dari sesetengah menteri.
“Sebagai contoh, menyalahkan satu kumpulan kerana tidak mengundi mereka berbanding menilai diri sendiri atas pengabaian prinsip demokrasi sebelumnya."
Paulsen pula menggambarkan kerajaan tidak berminat dengan usaha pendamaian.
Sebagai kesimpulan, Ambiga berkata: “Penghalang terbesar pendamaian nasional ialah kerajaan sendiri.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan