MALAYSIA KINI
Ketua
Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan pengundi
wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut agar tidak
terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu bahawa dakwat kekal tidak sah
dibawa bersolat.
Katanya maklum balas itu diperoleh beliau ketika bertemu pengundi wanita di kawasan berkenaan yang menyatakan mereka waswas dengan kesucian dakwat kekal yang bakal diguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian Rabu ini.
"Pada
pilihan raya umum ke-13 lalu ada segelintir daripada mereka tidak
keluar mengundi kerana termakan dengan cerita yang disebarkan itu.
"Mereka maklumkan mereka takut untuk keluar mengundi berhubung dakwat berkenaan dan kita bimbang perkara ini akan berulang," katanya.
Shahrizat yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan gulai kawah di Kampung Seru Kemunting di sini hari ini, berkata jentera Wanita Umno telah mengambil inisiatif menjelaskan dakwat itu suci dan sah dibawa bersolat.
Beliau turut menyarankan SPR mengulangi kenyataan berhubung kesucian dakwat kekal itu bagi mengembalikan keyakinan pengundi terutama kaum wanita di kawasan tersebut.
Dalam pada itu katanya, jentera Wanita Umno akan terus mendampingi pengundi dalam usaha menangkis pelbagai dakwaan yang disebar pihak pembangkang.
"Sokongan wanita di sini amat kuat dan jentera kami sentiasa memainkan peranan dan jumlah jentera kini meningkat kepada 1,000 orang bagi membantu Wanita (Umno) di Kuala Besut," katanya.- Bernama
Katanya maklum balas itu diperoleh beliau ketika bertemu pengundi wanita di kawasan berkenaan yang menyatakan mereka waswas dengan kesucian dakwat kekal yang bakal diguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian Rabu ini.
"Mereka maklumkan mereka takut untuk keluar mengundi berhubung dakwat berkenaan dan kita bimbang perkara ini akan berulang," katanya.
Shahrizat yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan gulai kawah di Kampung Seru Kemunting di sini hari ini, berkata jentera Wanita Umno telah mengambil inisiatif menjelaskan dakwat itu suci dan sah dibawa bersolat.
Beliau turut menyarankan SPR mengulangi kenyataan berhubung kesucian dakwat kekal itu bagi mengembalikan keyakinan pengundi terutama kaum wanita di kawasan tersebut.
Dalam pada itu katanya, jentera Wanita Umno akan terus mendampingi pengundi dalam usaha menangkis pelbagai dakwaan yang disebar pihak pembangkang.
"Sokongan wanita di sini amat kuat dan jentera kami sentiasa memainkan peranan dan jumlah jentera kini meningkat kepada 1,000 orang bagi membantu Wanita (Umno) di Kuala Besut," katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan