Oleh Mohd Arif Juhani
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan dipersoalkan berhubung projek River of Life (ROL) di Sungai Gombak apabila membabitkan pembangunan tanah.
Ahli parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong mempersoalkan tanah siapa yang akan dibangunkan kerana projek ROL sepanjang 10.7 km itu sebahagian besarnya milik penduduk Kampung Puah Seberang.
“Tanah siapa yang akan dibangunkan? Pembangunan ini akhirnya untuk siapa? soal Dr Tan.
“Projek ROL yang bermula dari Brickfields sehingga ke Padang Balang menjejaskan kehidupan penduduk di Kampung Puah Seberang yang mendiami tanah berstatus rizab Melayu.
“Tanah yang akan dimajukan seluas 20 ekar dan turut membabitkan beberapa kampung lain yang berhampiran,” katanya kepada Keadilandaily.
Menurut kenyataan Pengarah Unit Perancangan Fizikal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainab Mohd Ghazali, selain pembangunan tanah, projek ROL membabitkan pembersihan sungai.
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebelum ini dibawah Datuk Raja Nong Chik harus bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.
“Masalah ini berlaku semasa beliau menjadi menteri dahulu. Tanah yang bakal dirampas adalah kepunyaan penduduk yang sudah mendiami lebih 50 tahun.
“Saya desak kerajaan tangguh projek ini. Adakan rundingan dengan penduduk kampung untuk pastikan kepentingan rakyat tidak diabaikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan