HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Julai 2013

Idris Jusoh Buat ‘Pusingan U’; Cuba Pujuk Pengundi Luar

BULETIN ONLINE

BESUT – PAS hari ini melahiran rasa ‘pelik’ dengan kenyataan Timbalan Pengarah BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh yang meletakkan sasaran pengundi luar sebagai penumpuan fasa akhir kempen PRK Umno-BN.

satiful prk 22 julai

Pengarah Operasi PAS PRK Kuala Besut, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata sedangkan sebelum ini Idris telah memberi kata dua kepada PAS samada memberi kemenangan percuma kepada BN atau PAS Kalah dengan majoriti 4,000 undi.

“Kenyataan beliau tentang penumpuan kepada pengundi luar bagi ‘fasa akhir kempen PRK Umno-BN’ adalah pelik sekaligus menunjukkan bahawa jentera BN sangat tertekan dengan asakan kempen kami,
“pengundi Kuala Besut masih ingat bahawa Idris Jusoh dengan ‘gahnya’ telah memberi amaran kepada PAS supaya ‘tidak bertanding atau akan menghadapi kekalahan dengan 4000 majoriti’,”ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu berkata demikian pada sidang media harian di Markaz Besar PAS Kampung Baharu dekat sini pada Isnin 22 Julai.

Menurutnya, BN juga sebelum ini seolah-olah mengenepikan kepentingan pengundi luar dengan memberi kesukaran kepada mereka untuk membuang undi apabila SPR memutuskan pengundian PRK Kuala Besut adalah pada Rabu 24 Julai.

“Pilihan (hari mengundi pada) hari Rabu sebagai hari bekerja berbeza dengan kelaziman pilihanraya (yang memilih hari cuti) sebagai hari membuang undi, adalah sangat menyukarkan pengundi luar,

“ketika tahap itu mereka (BN) tidak perlu pengundi luar……namun hari ini mereka cuba menagih simpati pengundi luar setelah berdepan dengan persaingan sengit dari PAS-Pakatan,”jelasnya.

Tiada ulasan: