HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Julai 2013

Isu dakwat kekal: SPRM siasat SPR


MALAYSIA KINI


 
Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan Sinar Harian menyebut, Mustafar mengesahkan bahawa satu pasukan siasatan dibentuk sejak minggu lalu, susulan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menanda jari pemilih yang telah membuang undi itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa SPRM menyiasat isu ini sama ada terdapatnya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat),” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

42 ulasan:

Unknown berkata...

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin badan pengendali pilihan raya di negara ini akan bersikap terbuka berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan isu dakwat kekal pada PRU13 lalu.

Menurut Muhyiddin, terserahlah kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sama sekali tidak akan campur tangan dalam hal itu.

"Itu urusan SPRM, terserah kepada mereka, kita tidak campuri urusan SPRM. "Mungkin ada perkara tertentu yang perlu dilakukan.

Unknown berkata...

"Kedua-duanya ialah suruhanjaya, masing-masing mempunyai bidang kuasa tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian mengulas kenyataan SPRM semalam bahawa badan itu sedang melakukan siasatan ke atas SPR berhubung dakwaan pecah amanah membabitkan dakwat kekal.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan kesediaan pihaknya untuk disiasat kerana ia dapat membersihkan imej SPR.

Unknown berkata...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti salinan rakaman audio cakera padat berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sebelum mengambil tindakan lanjut.

Unknown berkata...


Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata salinan cakera padat yang diserahkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil DUN Penanti Aminah Abdullah itu akan dihantar ke ibu pejabat untuk disiasat.

Unknown berkata...

SPR akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kes ini.

Unknown berkata...

Kami akan teliti isi kandungan cakera padat itu untuk pastikan siapa yang terlibat, dan sekiranya calon PKR terlibat, kami akan ambil tindakan terhadapnya, katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, di Jalan Stesen.

Unknown berkata...

Selain itu juga, Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Unknown berkata...

Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.

Unknown berkata...

Tarikh luput dakwat kekal ialah dalam tempoh empat bulan daripada tarikh ia dikilangkan dan diimport dari negara luar, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat.

Unknown berkata...

Soalan itu menyentuh kos perbelanjaan PRU13 dan dakwat kekal.

Unknown berkata...

Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.

Unknown berkata...

Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas.

Unknown berkata...

Selain itu juga, isu dakwat kekal yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang untuk menyerang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak dapat mengatasi isu salah kira ketika berlansungnya pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) Demoractic Action Party (DAP) yang dilihat lebih memalukan parti tersebut yang seringkali melaungkan soal ketelusan dan intergriti.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd Radzi Manan, apa yang perlu difahami, dakwat kekal itu merupakan salah satu elemen tambahan bagi mengelak penyelewengan undi di mana sudah ada beberapa elemen keselamatan yang lain bagi tujuan tersebut.

Unknown berkata...

Dakwat kekal merupakan salah satu elemen keselamatan tambahan bagi mengelakkan penyelewengan, seperti mana yang diminta oleh pihak pembangkang. Ada beberapa lagi prosedur selain itu yang diguna pakai bagi mengelakkan penyelewengan undi. Jika pembangkang mendakwa dakwat kekal itu tidak kekal, dan merupakan punca penyelewengan undi, bagaimana pula kaedah keselamatan lain yang kita gunakan seperti menempatkan wakil-wakil parti politik di dalam tempat mengundi?

Unknown berkata...

Jika kita tidak menggunakan dakwat kekal sekalipun, susah bagi pengundi untuk menipu undi atau mengundi setiap kali kita mengundi, nama kita akan dipotong dari senarai SPR di hadapan wakil-wakil parti politik kedua-dua belah pihak, tegasnya. Tegasnya lagi, DAP cuba menggambarkan parti tersebut sebagai sebuah parti yang telus dan bebas rasuah, namun pemilihan CEC dan pendedahan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz ternyata mencemar kesucian parti tersebut.

Unknown berkata...

Ternyata penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan CEC DAP lebih teruk jika dibandingkan dengan isu dakwat kekal yang tidak konkrit. Pemilihan CEC dibantah oleh lebih 700 ahlinya sendiri. Di mana ketelusan DAP apabila lebih 700 ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin mereka. Hidupkah demokrasi di dalam DAP dengan apa yang berlaku hari ini?

Unknown berkata...

Adakah tohmahan mereka semua ini semata-mata bagi mengaburi mata orang awam terhadap kesalahan yang mereka lakukan? cuba fikirkan. Sebab itu, pemimpin DAP jangan menuding jari terhadap orang lain. Betulkan diri dan parti sendiri sebelum mengkritik dan mengatakan orang lain menipu, menyeleweng dan tidak telus. Hanya penipu saja yang selalu syak orang lain juga penipu sepertinya, ujarnya.

Forest berkata...

Seseorang anggota SPR boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR boleh dibuat melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dun.


Selain itu, perlucutan jawatan itu juga boleh dibuat melalui satu tribunal mengikut cara yang sama untuk memecat Hakim Negara. Bagaimanapun, jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Forest berkata...

Bagaimana dengan tuntutan kedua Blackout505, untuk adakan pilihan raya semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen?

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dun sesuatu negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya. Sehinggalah pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah, barulah boleh. SPR tidak ada kuasa untuk adakan pilihan raya semula kecuali meninggal dunia selepas Speaker memaklumkan.

Forest berkata...

Tuntutan ketiga, mahu SPR menghentikan semua kajian persempadanan semula pilihan raya sehingga anggota baru SPR dilantik?


Ini adalah satu daripada fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun.

Tempoh lapan tahun itu telah tamat pada 21 Mac 2011, jadi tidak wajar untuk dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa kita tidak buat pada 2011, kerana ketika itu ada khabar mengatakan PRU13 akan diadakan, jika kita tengah berbincang dan ketika itu bubar Parlimen keadaan akan lebih kelam kabut. Oleh itu kita tangguh lepas PRU13. Maka tahun ini kita akan mula bersama Sabah dan Sarawak.

Mumbai berkata...

Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu?

Mumbai berkata...

Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan.

Mumbai berkata...

Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.

Mumbai berkata...

Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13.

Mumbai berkata...

Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.

Mumbai berkata...

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal.

Mumbai berkata...

Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.

Mumbai berkata...

Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini?

Mumbai berkata...

Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.

Mumbai berkata...

Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.

Mumbai berkata...

Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok.

Mumbai berkata...

Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis?

Mumbai berkata...

Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.

Mumbai berkata...

Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu.

Mumbai berkata...

Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.

mantera berkata...

SPR akan beri kerjasama sepenuhnya terhdap SPRM

Tanpa Nama berkata...

Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya kenapa pakatan pembangkang yang diketuai Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim begitu bersungguh benar menyerang kredibiliti SPR meskipun badan rasmi pengendali pilihan raya yang sama inilah yang membolehkan PR menang di lima buah negeri semasa PRU 12 2008.

Satu persatu isu dibangkitkan dari hal remeh temeh seperti nama pengundi yang sama, keraguan terhadap undi pos, pendatang asing yang kononnya dibenarkan mengundi sehinggalah yang terkini isu dakwat kekal yang dikatakan tidak bertahan lama dan mudah hilang kesannya.

Tanpa Nama berkata...

Perihal dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi asalnya idea oleh NGO Bersih sekutu PR selepas keberkesanan kaedah biometrik dipertikaikan, kini bila SPR mengesahkan penggunaan dakwat kekal untuk PRU-13, tanpa segan silu PR juga yang memanipulasikannya untuk menghentam SPR.

Pendek kata SPR yang sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus lagi pilihan raya kecil ini dianggap sebegitu buruk sekali, ada sahaja yang tak kenanya meskipun SPR ini jugalah yang mengisytiharkan PR menang di 8 daripada 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak pasca PRU 12.

Tanpa Nama berkata...

Sebetulnya, serangan berterusan Anwar dan pemimpin PR yang lain ke atas SPR terselit agendanya yang tersendiri yakni untuk menimbulkan persepsi buruk kepada SPR kerana Anwar tahu PRU-13 tidak menjanjikan kejayaan yang sama seperti PRU 12 2008 dulu.

Samada laporan dan risikan di pihak BN mahu pun PR, masing-masing tahu senario mutakhir dan trend semasa menunjukkan amat besar kemungkinan PR akan menerima kekalahan memalukan disebabkan kebangkitan semula BN yang berterusan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan itulah Anwar dan PR berusaha untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap SPR selanjutnya menyemai keraguan penyokong PR terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini. Sampai satu masa, rasa ragu boleh bertukar menjadi benci dan dendam sehingga akhirnya menjadi protes jalanan dan mungkin berevolusi menjadi keganasan.

Awal tahun ini Anwar pernah membayangkan akan ada “Malaysia Spring” yang bermaksud kebangkitan jalanan dan kejatuhan pemerintah melalui kuasa jalanan dan keganasan sebagaimana yang berlaku di negara Arab yang dikenali sebagai “Arab Spring”.

Tanpa Nama berkata...

Bukankah itu kelihatan seperti isyarat tersirat oleh Anwar yang menandakan akan ada sesuatu yang seiras Arab Spring samada sebelum atau selepas PRU-13?

Demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 membuktikan PR sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kemaruk menuju puncak kuasa, jadi tentulah ada kemungkinan kejadian yang sama berulang, bukan begitu?

Tanpa Nama berkata...

Andai tidak terdetik sedikit pun sedemikian, rakyat amat mengalu-alukan sekiranya Anwar sanggup membuat satu kenyataan dan akujanji bahawa PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS berikrar untuk memastikan proses pilihan raya ini berjalan aman, samada sebelum dan selepasnya.

Khalayak ternanti-nanti untuk mendengar jaminan tersebut selari dengan jaminan yang sama yang pernah diikrarkan oleh BN. Soalnya sekarang beranikah Anwar dan PR memberi jaminan tersebut?