MALAYSIA KINI
Guru
besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor berkata
beliau diarahkan bercuti seminggu ekoran kontroversi melibatkan bilik
persalinan sekolah tersebut yang dijadikan kantin sementara untuk
muridnya.Laporan Utusan Online yang memetik kenyataan Mohamad Nasir menyebut, Jabatan Pelajaran juga akan memutuskan tindakan selepas tempoh tersebut.
"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya seperti dipetik Utusan Online.
Katanya lagi, murid berkenaan juga menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai kantin sejak tiga bulan lalu memandangkan kantin sekolah tidak boleh menampung jumlah murid berkenaan.
Beliau berkata, kawasan itu juga telah dibersihkan dan dilengkapi sinki untuk mencuci tangan.
Para murid berkenaan dilarang membuang air di bilik persalinan tersebut manakala paip air di bilik persalinan tersebut juga telah dikunci, katanya lagi dalam laporan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan