MALAYSIA KINI
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Aziz Yusof mencabar ahli
Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi tuduhan bahawa beliau dan
timbalannya mempunyai kaitan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada
pilihan raya umum lalu, di luar Dewan Rakyat.Aziz berkata, tuduhan tersebut fitnah dan dakwaan serius terhadap mereka, keluarga dan suruhanjaya itu sendiri.
"Kami berharap dalam tempoh satu minggu bermula hari ini, kalau dia betul-betul anak jantan, ulang dakwaan itu di luar dewan.
"Apabila kami mendapat kenyataan itu, kami akan berbincang dengan peguam-peguam kami untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Abdul Aziz dalam sidang media di Kuala Besut hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan