HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Julai 2013

Kenyataan Shamsul hanya bermotif politik – JUHAM

BULETIN ONLINE

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin mahu menyaman Presiden PAS adalah bermotif politik.

Noorazmir Zakaria

Ketua Unit Media dan Penerangan Juham, Noorazmir Zakaria [gambar] berkata, kenyataan yang timbul secara tiba-tiba tatkala kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut memuncak, sudah terang lagi bersuluh, kenyataan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bermotifkan politik semata-mata.

“Dalam soal saman fitnah, unsur ugutan untuk menyaman langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada undang-undang. Malah, unsur ugutan seperti ini lazimnya tidak akan timbul sekiranya orang yang ingin menyaman itu benar-benar mempunyai keinginan untuk memfailkan saman.

“Sekiranya saudara Shamsul benar-benar ingin memfailkan saman, sudah lama saman itu difailkan. Malah, saudara Shamsul juga langsung tidak memberikan sebarang notis tuntutan kepada Presiden,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi menjelaskan isu tersebut yang turut menjadikan beberapa pihak dalam PAS turut bertindak gopoh dan melatah.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah suatu tindakan yang tidak cerdik dan membuang masa untuk JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS menjawab kepada sesuatu kenyataan yang tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

JUHAM turut memberi amaran, akan mengheret sama pihak ketiga yang memberi maklumat tetang pil kuda tersebut kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“JUHAM amat menanti-nantikan saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan saman tersebut,”tegas Noorazmir.

Tiada ulasan: