Oleh LIEW CHIN TONG
KEIKHLASAN Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Husni Hanadzlah dalam memberi jawapan di Parlimen pada 27 Jun 2013 berkenaan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST amat dicurigai.
Majoriti rakyat tidak mahu GST dilaksanakan tetapi Husni disyaki bersikap tidak jujur dalam jawapan Parlimen beliau.
Husni memaklumkan Dewan Rakyat bahawa “Kerajaan sekarang sedang melaksanakan kajian mengenai GST yang mana ianya berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga semasa. Kajian sebelum ini yang telah dibuat pada tahun 2009, adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dan harga pada masa tersebut.
Oleh kerana terdapat perubahan kepada keadaan ekonomi dan perubahan harga, maka kajian semula perlu dijalankan. Sehubung dengan itu, Kerajaan belum menetapkan lagi bila GST akan dilaksanakan.”
Dua masalah besar timbul dari jawapan beliau tersebut.
Pertama, jawapan Husni ini boleh dibaca sebagai tanda kerajaan hanya menangguhkan sementara pelaksanaan GST. Ini bererti GST boleh dilaksanakan pada bilabila masa difikirkan perlu oleh Kerajaan BN.
Kerajaan perlu ingat bahawa ia akan membangkitkan kemarahan rakyat jika GST dilaksanakan. Kita semua tahu bahawa melalui bayaran BR1M sebelum ini, Kerajaan telah memaklumkan bahawa 60 peratus rakyat Malaysia mempunyai pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Ini bermakna 60 peratus rakyat Malaysia berpendapatan rendah rendah. Hujah kononnya barangan rakyat berpendapatan rendah dikenakan kadar sifar GST adalah tidak realistik. Walaupun barangan kadar sifar GST, golongan berpendapatan rendah – golongan 60 peratus penerima BR1M – akan dikenakan GST untuk barangan dan perkhidmatan lain.
Pelaksanaan GST tentu akan menyebabkan taraf kehidupan golongan 60 peratus ini terjejas kerana mereka yang selama ini tidak dikenakan cukai pendapatan akan terpaksa membayar cukai melalui GST.
Justeru, pendapatan boleh guna (disposable income) golongan ini akan berkurangan akibat kutipan GST.
Apabila pendapatan boleh guna golongan 60 peratus ini terancam ia bermakna pertumbuhan ekonomi kita akan terjejas. Ini adalah kerana dalam keadaan eksport kita yang menurun, perbelanjaan dan penggunaan tempatan amat penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Jadi jika kerajaan tetap mahu melaksanakan GST, ia bererti bukan sahaja kerajaan akan menambah derita golongan berpendapatan rendah, ia juga akan membebankan kerajaan sendiri kerana ia memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Kedua, jawapan Parlimen dari Husni yang mengatakan bahawa kajian GST hanya dilakukan pada tahun 2009 juga tidak benar.
Di atas nama ‘Panel Kajian Semula Cukai (GST)’, sejumlah RM22 juta diperuntukkan pada tahun 2010, RM13 juta pada tahun 2011, RM11 juta pada tahun 2012 dan RM5 juta pada tahun 2013, iaitu jumlahnya RM51 juta dalam empat tahun, telah digunakan dalam belanjawan-belanjawan sejak 2010 untuk kajian perlakasanaan GST.
Pada tahun 2013, satu perkara perbelanjaan bertajuk ìPerluasan Dasar Cukaiî (Kod 100600) yang bernilai RM 50juta juga disyaki ada kena-mengena dengan pelaksanaan GST.
Sehubungan itu, saya menggesa Menteri Kewangan supaya:
Mengumumkan hasil kajian panel tersebut sejak 2009; kerana kami Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak mahu lagi kerajaan merahsiakan kajian GST kerana ia melibatkan kesejahteraan rakyat terbanyak
Mengumumkan pihak konsultan yang terpilih untuk menjalankan kajian tersebut kerana ini juga perlu diketahui oleh rakyat Malaysia;
Memberi penjelasan lanjut sama ada jawapan Parlimen dari Husni hanya bertujuan menyembunyikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan GST atau tidak;
Dan kalau jika Kerajaan BN benar-benar mahu melaksanakan GST, satu jawatankuasa pilihan Parlimen yang merangkumi ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak – BN dan Pakatan Rakyat – perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti pandangan rakyat Malaysia.
49 ulasan:
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
SISTEM Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) lebih adil kepada orang ramai berbanding struktur cukai yang diguna pakai pada masa ini, selain dapat mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, Wan Heng Choon berkata, GST membenarkan orang ramai menentukan sendiri jumlah cukai yang ingin dibayar melalui corak perbelanjaan mereka.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
“Anda sendiri pilih apa yang anda mahu bayar berdasarkan perbelanjaan harian, berbanding dengan cukai pendapatan di mana duit anda diambil sebelum anda membelanjakannya. GST ini boleh dikira memberikan semula kebebasan memilih (untuk membayar cukai) kepada pengguna,” katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
GST, apabila dilaksanakan, akan menggantikan sistem cukai yang diguna pakai kini, iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu pada kadar lima hingga 10 peratus.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Menurut Heng Choon, kerajaan dijangka menurunkan cukai pendapatan dan korporat selepas GST dilaksanakan namun kadar penurunan belum diketahui. Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, GST harus dilakukan secara berperingkat.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Heng Choon berkata, semua makanan asas telah ditetapkan tiada cukai, jadi GST tidak akan memberi kesan kepada barangan ini. “Pilihan lain, sama ada anda ingin makan di restoran yang mengenakan cukai atau di restoran biasa, itu adalah pilihan sendiri. Anda boleh menentukan jenis perkhidmatan yang ingin digunakan,” katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Menurutnya, hanya perniagaan dengan perolehan RM500,000 dan ke atas setahun yang perlu berdaftar untuk GST. “Jadi, restoran biasa atau kedai runcit yang tidak mencapai tahap itu tidak dikenakan cukai ini,” katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Sementara itu, Pengarah Eksekutif PwC, R S Raja Kumaran berkata, kesan GST kepada orang ramai dijangka tidak begitu ketara. “Jika dilihat, perbelanjaan terbesar bagi seseorang adalah makanan asas, iaitu 60 peratus daripada pendapatan.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
“Barangan ini tidak dikenakan cukai jadi kesannya kepada individu tidak ketara. Perkhidmatan kesihatan, perumahan, pengangkutan awam dan pendidikan juga dikecualikan daripada cukai," katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Menyentuh isu pengurangan atau penghapusan subsidi yang mungkin akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas GST diperkenal, Raja Kumaran berkata, subsidi tidak lagi berfungsi sebagai sistem yang adil. “Semua orang kaya dan miskin beli beras atau isi petrol pada harga sama. Lebih baik subsidi dihapuskan dan berikan rebat tunai kepada kumpulan sasaran sahaja,” katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Menurut Heng Choon, terdapat juga isu tidak adil dalam pembayaran cukai pendapatan apabila hanya 1.9 juta daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja perlu membayar cukai. “Banyak negara bertukar daripada mengenakan cukai ke atas pendapatan kepada GST untuk menghapuskan diskriminasi ini. Jika rakyat mahu terus menerima perkhidmatan disediakan kerajaan, ia perlu dibiayai oleh satu sumber,” katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Selain itu, beliau berkata, GST juga boleh memastikan pemborong dan peruncit tidak hanya mengambil keuntungan atas angin apabila cukai perlu dibayar bagi setiap peringkat rantaian pembekalan produk. “Negara seperti Vietnam dan Laos juga laksanakan GST. Jika Malaysia mahu terus progresif, GST adalah satu daripada penyelesaiannya," katanya.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
GST atau cukai nilai tambah (VAT) telah digunakan di lebih 140 negara dan di Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum menggunakan sistem ini.
GST LEBIH ADIL TERHADAP GOLONGAN MISKIN BERBANDING DENGAN CUKAI PENDAPATAN
Heng Choon menegaskan, sehingga kini, terdapat pelbagai salah faham mengenai GST dan isu ini perlu dilihat dari sudut lebih objektif. “Kepada yang berkata GST akan membebankan orang miskin, adakah mereka buat kajian terhadap corak perbelanjaan golongan ini?
Mengikut perancangan awal kerajaan, cukai perkhidmatan dan barangan (GST) sepatutnya sudah dilaksanakan pada 2007. Bagaimanapun, pelaksanaannya yang diperkenalkan pada 2005 ditangguhkan kerana dilihat agak tergesa-gesa selain negara memerlukan sebuah penstrukturan semula cukai yang lebih sistematik.
KERAJAAN MENGAMBILKIRA BANYAK PERKARA UNTUK MELULUSKAN PELAKSANAAN GST DEMI UNTUK KEPENTINGAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT
pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat.
Asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem tersebut. Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan.
Ia juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia.
Itu antara kelebihan yang dinikmati oleh rakyat di negara yang sudah lama melaksanakan GST seperti di New Zealand, Australia dan Singapura.
PELAKSANAAN GST NI BUKAN UNTUK MEMBEBANKAN RAKYAT.KERAJAAN TELAH MENGKAJI PELBAGAI ASPEK BAGI MEMASTIKAN KESAN-KESAN NEGATIF DAPAT DIKURANGKAN DAN DIELAKKAN
Di rantau Asia Tenggara ini pula, hampir seluruh negara sudah melaksanakan sistem cukai itu melainkan tiga buah negara sahaja iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar.
Namun kita perlu realistik dalam membuat perbandingan kerana tidak semua pelaksanaan GST memberi kelebihan kepada negara-negara tertentu.
Di Kanada misalnya, kerajaan Parti Progresif Konservatif pimpinan Perdana Menteri Brian Mulroney tumbang pada 1993 apabila memperkenalkan GST pada 1989. Hong Kong juga ketika ini dikatakan sedang mengkaji semula pelaksanaan GST.
Ini secara tidak langsung menunjukkan pelaksanaan GST bukan mudah untuk diterima lebih-lebih lagi di kalangan rakyat.
SEBAB ITULAH KERAJAAN PERLU MEMBERI PENJELASAN YANG SEBAIKNYA PADA RAKYAT TENTANG PELAKSANAAN GST NI.BUKAN MUDAH SEBENARNYA UNTUK RAKYAT MENERIMANYA.NAMUN RAKYAT JUGA PERLU FAHAM BAHAWA SETIAP KEPUTUSAN DAN PILIHAN YANG DIBUAT SEMUANYA MEMPUNYAI KESAN YANG KADANG2 TIDAK DITERIMA OLEH SESETENGAH PIHAK
Rakyat juga bimbang pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melambung tinggi. Ini sememangnya berlaku di negara-negara yang mula melaksanakan dasar tersebut.
Gambaran-gambaran sebeginilah yang berlegar-legar di kalangan rakyat kebanyakan menyebabkan ramai yang masih belum faham mengenai GST. Lebih malang, ia dimanipulasi pula oleh sesetengah pihak untuk menghentam kerajaan meskipun mereka mengetahui pelaksanaannya mampu memberi kelebihan kepada semua pihak.
Hakikatnya, GST mengecualikan beberapa perkhidmatan dan barangan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk disediakan kepada rakyat kebanyakan, lebih-lebih lagi kepada golongan miskin.
Antaranya yang dijangkakan bebas GST ialah makanan, pendidikan, kesihatan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan kebajikan dan keagamaan. Perlu juga untuk difahami bahawa cukai GST adalah cukai yang dikenakan ke atas pengguna dengan asas yang lebih meluas. Bukannya cukai perniagaan yang membolehkan kumpulan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati.
Dalam situasi ini, peranan peniaga hanyalah sebagai ejen cukai kepada kerajaan. Kenaikan harga barang dalam satu-satu masa pula lebih kepada barangan mewah.
Bagi pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Md Jani, beliau berpandangan GST memberi kelebihan dari dua sudut iaitu memudahkan kerajaan mengutip cukai dengan jaminan ia berjalan lebih cekap.
ASPEK2 KEBAJIKAN RAKYAT JUGA PERLU DIUTAMAKAN DALAM MELAKSNAKAN GST NI
Bagaimanapun katanya, GST wajar bermula pada kadar yang rendah sebelum dinaikkan beransur-ansur supaya tidak membebankan rakyat. Dengan mengambil contoh Singapura yang mula memperkenalkan GST pada 1994 pada kadar sebanyak tiga peratus dan menaikkan kepada lima peratus selepas itu.
KERAJAAN PASTI TAHU APA YANG TERBAIK BUAT RAKYAT UNTUK DILAKSANAKAN.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukanlah dilaksanakan untuk membebankan rakyat kerana sistem percukaian itu tidak dikenakan terhadap barangan keperluan harian.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sistem percukaian itu bersifat lebih adil dan berkesan kepada masyarakat.
Menurutnya, ia juga bukan cukai tambahan sebaliknya akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pada masa ini.
Ia (GST) adalah sistem percukaian yang lebih adil dan berkesan selain bukan untuk membebankan rakyat kerana tidak dikenakan untuk barangan keperluan harian seperti beras, gula dan barangan berkaitan makan.
Beliau berkata, pada masa ini kerajaan masih belum menentukan tarikh pelaksanaan GST kerana beberapa kajian perlu dilakukan terlebih dahulu.
Tambahnya, rakyat juga perlu terlebih dahulu memahami kaedah GST sebelum ia dilaksanakan.
Kempen mengenai GST sedang giat dijalankan termasuk menggunakan kaedah komunikasi bagi membolehkan rakyat benar-benar faham
Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan bahawa GST berkemungkinan besar tidak akan dilaksanakan pada tahun ini.
Saya tidak nampak kemungkinan GST dilaksanakan pada tahun ini,” jelasnya sambil menambah bahawa pelaksanaan GST mungkin diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014.
Menurutnya, GST yang bakal dilaksanakan di Malaysia tidak semstinya akan mengikut model yang dilaksanakan di negara luar.
Pada masa sama beliau menempelak pihak pembangkang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST.
“Tidak bersetuju GST dilaksanakan bermakna kita mundur ke belakang,” tambahnya.
The system eliminates the conventional use of nylon strings to tie seaweed and replaced it with the UMS designed eco-friendly Tie-Tie, which is a seaweed-based rope and also the use of seaweed fertilisers
the Malaysian seaweed industry was poised to produce 150,000 metric tons of high quality processed seaweed worth RM 1.45 billion by the year 2020.
The government has allocated RM2 billion to implement 79 basic rural infrastructure projects in Sabah and Sarawak
Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said 52 of the projects, valued at RM1.3 billion, were being implemented in Sarawak.
Datuk Seri Najib Tun Razak said there is no basis to mount a protest like the ‘Arab Spring’ in Malaysia, pointing out that the country has enjoyed 55 years of peace and stability.
the Prime Minister said the Southeast Asian country of 28 million people witnessed good economic progress and people had a lot to look forward to.
what was important in the Malaysian context was that change could be delivered from within and it was not just about changing the government.
Najib brushed aside claims that Malaysia was being governed in an autocratic manner and that the government was unresponsive to the people, suggestions drawn from Twitter feedback articulated by Sopel.
We have to engage through the social media so that more and more people understand and appreciate what the government is doing
Najib also fielded questions about the country’s general election on May 5 which saw the Barisan Nasional (BN) being re-elected to power amid concerns over the conduct of the polls.
Najib also took the opportunity to explain about measures taken by the government to do away with certain laws that had come under heavy criticism.
, Najib said underpinning the Sedition Act was to ensure peace and harmony in Malaysia.
Najib noted that those who said things that undermined the stability of the country would be held accountable.
The Prime Minister drove home the point that certain laws had to be in place to ensure that multiracial Malaysia would continue to be a country where people could live in a peaceful and harmonious environment.
Najib said people could protest in Malaysia as long as it was done in a peaceful manner.
Catat Ulasan