HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Julai 2013

MP: Saya tidak taksub pada agama


MALAYSIA KINI


 
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong gesaan membakar Bible yang dibuat presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali seperti disuarakan sesetengah pihak.

Menurutnya, kebimbangan yang timbul berhubung pendirian tersebut timbul kerana ia dibuat berdasarkan desas desus dan kenyataan pihak ketiga yang diburukkan lagi oleh putar belit media alternatif.

Menurut Abdul Rahman, kontroversi itu timbul susulan kenyataannya pada 18 Julai 2013 apabila ditanya wartawan Malaysiakini berhubung gesaan Ibrahim Ali mengenai pembakaran kitab tersebut.

Dalam sidang media itu, beliau diminta membandingkan mengenai tindakan yang dikenakan ke atas Ibrahim ekoran kenyataan tersebut, dan juga pendakwaan yang dijalankan ke atas pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Tan, yang didakwa di mahkamah kerana mempersenda Islam.

Abdul Rahman dalam kenyataannya semalam menjelaskan, beliau pada mulanya kecewa dengan kenyataan Ibrahim dan seterusnya bertemu bekas MP Pasir Mas itu bagi mendapatkan penjelaskan.

Katanya, beliau hanya mengulangi penjelasan yang diberikan Ibrahim apabila ditanya mengenai isu tersebut dalam sidang media pada 18 Julai lalu.

"Sekali lagi, biar saya tegaskan, dalam sidang media itu saya tidak pernah membangkitkan isu pembakaran Bible kecuali ketika saya memetik jawapan Ibrahim Ali pada saya," katanya.

Jelasnya, beliau turut menyokong sepenuhnya penyelesaian 10 perkara yang diumumkan kerajaan pada tahun 2011 berkaitan ketetapan terhadap penerbitan Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia.

"Bagaimana saya boleh dianggap taksub pada agama apabila 45 peratus daripada penduduk di kawasan saya adalah Kristian?" katanya lagi.

"Soalan sekarang, kenapa pemimpin DAP perlu memahamkan semuanya di luar konteks dan memberikan bayangan yang saya ini pentaksub agama apabila sebenarnya perkara itu langsung tidak diniatkan dalam sidang media Khamis lalu?" katanya.

Dalam kenyataan berkenaan, Abdul Rahman turut menyertakan transkrip soal jawab beliau dengan wartawan Malaysiakini pada hari itu:

Malaysiakini: Merujuk kepada pasangan blogger sex yang menghina Islam ni, ada sebahagian masyarakat mempertikai kenapa personaliti lain yang juga kelihatan seperti mempersenda agama lain dan menghina agama lain tidak diambil tindakan. So what is your take on this whole issue?

Abdul Rahman: Yang statement mana yang menghina agama? Seperti mana?

Malaysiakini: Saya kira sebahagian masyarakat mempertikai kenapa Datuk Ibrahim Ali...

Abdul Rahman: What did he say? What did Ibrahim Ali say?

Malaysiakini: Tentang sebelum ini gesaan beliau untuk membakar Bible...

Abdul Rahman: Are you sure? Are you sure Ibrahim Ali said that?

Malaysiakini: Well... It's reported...

Abdul Rahman: It is reported... Well, I was... Do you want me to say this in English? You are from where?

Malaysiakini: Malaysiakini.

Abdul Rahman: You want this in English or Malay?

Malaysiakini: It's up to you, Dato'.

Abdul Rahman: Okay. Insiden ini begini... Pada saya, sebenarnya... pasangan Alvin (Tan) dan Vivian (Lee) ini bukan ini saja video ataupun gambar yang offensive. Kalau kita tengok dalam Facebook dan juga channel YouTube mereka... banyak lagi perkara-perkara yang ditonjolkan oleh pasangan ini yang betul-betul melanggar tatasusila dan adat resam kebanyakan rakyat Malaysia.

This is not about your right, this is about maintaining harmoni kehidupan kita. Dan fakta bahawa mereka telah meminta maaf itu menunjukkan mereka telah mengakui mereka membuat kesilapan yang besar.

Negara kita ini, yang saya khuatirkan ialah apabila kita tidak mengambil tindakan-tindakan tertentu, ianya akan melibatkan pergeseran agama.

Dalam sejarah manusia ini, pergeseran agamalah yang paling susah (untuk) kita selesaikan apabila ianya bermula.

Amat penting untuk kita melihat ini sebagai pengajaran kepada kita. Dan (dalam kes) Alvin dan Vivian (left) ini, konteksnya jauh lebih besar, bukan saja di sini tapi di Singapura dahulu.

Dan kalau kita tengok channel YouTubenya, dia hanya pakai pakaian yang betul-betul menjolok mata... menggunakan perkataan-perkataan yang betul-betul terlalu lucah dan ini adalah sebahagian daripada reaksi rakyat kepada pasangan ini.

Dan saya setuju kejadian seperti ini tidak boleh diulangi dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang cepat untuk menangani isu ini.

Malaysiakini: Berkenaan dengan Ibrahim Ali, soal tentang contohnya membakar kitab...

Abdul Rahman: I interviewed Ibrahim Ali. I was very upset juga sebab saya mewakili ramai pengundi yang bukan Islam di kawasan saya. Dan mereka memberitahu kepada saya kenyataan Ibrahim Ali itu tidak betul.

Tetapi apabila saya bertanya kepada Ibrahim Ali (right), apa yang berlaku pada waktu itu ialah ada kitab al-Quran yang mungkin tersalah cetak dan tersalah tulis diedarkan ataupun yang tidak betul ditulis dan diedarkan di sekolah-sekolah.

Saya difahamkan jawapan beliau ialah cara untuk melupuskan kitab suci al-Quran yang dianggap salah tafsiran, salah huruf, salah menulis ialah dengan membakar kitab (tersebut)... Ataupun kitab injil, kitab-kitab suci ini... ada cara di dalam agama Islam untuk melupuskan kitab-kitab suci termasuk kitab Bible.

Dan membakarnya itu... menjadikannya abu dan ditebarkan di air adalah sebahagian daripada cara untuk kita melupuskan kitab-kitab suci yang kita mungkin terasa tersalah taip, tersalah tulisan.

Other than that, you throw it in the garbage! Which one is more humane (berperikemanusiaan)? Which one is more respectful? Itu yang Ibrahim Ali kata.

Tetapi seperti biasa, portal-portal tertentu pusing dan mengatakan itu adalah kenyataan untuk membakar kitab injil. It's not right...

In our religion, there is a respectful way of disposing of sacred books. You have a choice (either) throw it in the dustbin and it goes into the dumpsite (landfill) or you burn it, kumpulkan ashes nya, simpan dalam plastic and then we go in the middle of the sea, recite some special doa, and then you buang di dalam air. You see, it's a big difference you know.

But of course, some portal would like to turn it the other way around. Okay? All right. Thank you.

Tiada ulasan: