MALAYSIA KINI
Berikutan tersiarnya gambar yang menunjukkan murid bukan Islam makan
di bilik persalinan di SK Sri Pristina, seorang penulis blog melawat
sekolah tersebut di Sungai Buloh dan menurutnya, dia mendapati
keadaannya tidak sepertimana yang digambarkan.Penulis blog itu juga menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan guru-guru beragama Islam di sekolah itu turut menggunakan bilik yang sama untuk berbuka puasa.
Menurut Y1M Checkmate blog, kantin sekolah itu tidak mampu menampung 350 murid yang rehat pada masa yang sama.
Oleh yang demikian, penulis blog itu berkata mereka terpaksa duduk
di luar kantin untuk makan.
"Bilik persalinan ini dilengkapi kerusi dan meja, dan telah digunakan sejak Mac 2013 dan bukan baru-baru ini seperti yang didakwa oleh beberapa blog," katanya.
Penulis blog itu berkata guru besar mengambil inisiatif itu supaya murid-muridnya tidak perlu duduk di luar yang agak panas untuk makan.
Katanya, sehingga awal Ramadan, semua pelajar, termasuk murid
Melayu, telah menggunakan bilik berkenaan sebagai 'kantin' mereka, dan tidak ada tandas yang terletak berhampiran bilik persalinan itu.
meter. Terdapat hanya dua bilik persalinan bagi lelaki dan perempuan, yang terletak bersebelahan.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan dalam blog tersebut dan dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa yang berkaitan dan pihak-pihak yang terlibat.
[Baca berita penuh]
1. Ibu bapa kesal bilik persalinan jadi tempat makan
2. Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah
3. Penulis blog pertahan guru besar SK Sri Pristina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan