![]() |
|
Oleh Aspan Alias BN menang dalam pilihanraya kecil Kuala Besut dengan majoriti yang lebih sedikit dari majoriti yang diperolehi BN dalam PRU yang lalu. Tengku Zaihan memperolehi 8288 undi dan calon PAS Che Long mendapat 5696 undi. Ia memberi makna BN memenangani kerusi Kuala Best dengan majoriti 2592 undi kali ini berbanding dengan 2434 dalam pilihanraya umum lepas.
Kalau
dikaji dari keputusan itu kita sekali gus menerima hakikat yang BN
memenangi PRK Kuala Besut betul-betul kerana kedudukan BN sebagai
pihak ‘incumbent’ di peringkat negeri dan Persekutuan. Kita ucapkan
tahniah kepada kedua-dua orang calon kerana telah memperolehi jumlah
undi yang besar. Demokrasi telah terlaksana dan keputusan telah pun
kita ketahui.
Seperkara
yang nyata BN memenangi PRK ini, tidak boleh mendabik dada kerana
dalam pada keseluruhan jentera BN ke Besut sejak hampir sebulan lalu.
Ditambah pula dengan kuasa ‘incumbency’ yang diperguna habis-habisan
oleh kerajaan Persekutuan dan negeri, tambahan undi untuk BN hanya
sebanyak 171 undi sahaja. Kos dalam bentuk pengumuman projek
pembangunan Kuala Besut juga begitu besar, ia itu hampir RM3/4 billion.
Pilihanraya
kecil ini merupakan pilihanraya kecil yang sangat mahal bagi
menentukan kemenangannya untuk mengelak kecelakaan yang mungkin
dihadapi oleh BN jika kalah dalam PRK ini. Begitulah tingginya kos
penyelenggaraaan UMNO sekarang ini. Ia ibarat kos penyelenggaraan
perubatan seorang tua yang menghadapi penyakit terminal yang serius.
Apa yang dicapai oleh BN di Kuala Besut ibarat kata perpatah, ‘mahal
rantai dari beruk’.
Kepada
PAS, marilah kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana berjaya
mempertahankan jumlah undi yang hanya kekurangan sebanyak 171 undi
majoritinya walaupun berhadapan dengan kuasa ‘incumbency’ UMNO yang
begitu kuat. PAS mempunyai ‘formidable force’ di Besut. Jika PAS
diyakini selepas ini sebagai sebuah parti yang berkemampuan untuk
menunjukkan imej dan persepsi sebagai sebuah parti yang mampu mengurus
kejayaannya, parti ini akan menjadi pilihan rakyat tidak berapa lama
lagi.
Kita
juga berharap rakyat Besut, khususnya di Kuala Besut akan menikmati
nikmat hari raya hasil dari duit raya yang agak ramai yang mendapatnya
dalam PRK ini. Tidak tahu pula duit raya yang mereka dapati dalam PRK
kali ini akan mereka dapati semasa hari raya tahun hadapan.
Diharapkan agar duit raya yang didapati dalam PRK itu akan dapat
menampung perbelanjaan hidup sampai ke penghujung hayat mereka.
Pengundi
Kuala Besut telah membuat keputusan dan dari saat ini kita terimalah
keadaan ini sehingga menghadapi pilihanraya yang akan datang tanpa
apa-apa masalah lagi.
|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan