Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura Prof
Madya Bridget Welsh melihat senario pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali
ini cenderung mengamalkan politik keluarga apabila ada ahli Parlimen
yang terdiri daripada kombinasi bapa dan anak.
Menurut Welsh, situasi ini sebagai satu hal yang tidak sihat dan memerlukan pembaharuan.
“Perkembangan ini dilihat sebagai satu situasi tidak sihat dimana
bapa dan anak tidak sesuai jika digandingkan dalam satu sidang Parlimen
bersama,” jelas Welsh semasa melontarkan pendapatnya berhubung
perjalanan PRU13 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak sulungnya, Nurul
Izzah Anwar masing-masing merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh dan
Lembah Pantai.
Selain itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula adalah Ahli Parlimen
Gelang Patah sementara anaknya Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.
Selain itu, Welsh melihat calon muda dan teknokrat tidak kira dari
Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan
peningkatan keanggotaan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali
ini.
“Malaysia sebagai sebuah negara muda yang telah mencapai kemerdekaan
lebih 50 tahun telah menampilkan calon muda dan pertambahan calon wanita
begitu menggalakkan serta mereka yang mewakili badan bukan kerajaan,”
jelas Welsh.
Penganalisis itu turut melihat Malaysia kini sebagai sebuah negara
yang mempunyai minat yang tinggi terhadap politik apabila orang ramai
dilihat gemar berbicara tentang isu politik setiap hari.
“Ketakutan kini seakan sudah lupus dalam hati rakyat Malaysia. Mereka cenderung membicarakan isu politik pada setiap hari.
“Jika dilihat bukan kaum Cina sahaja yang menuntut perubahan dalam
PRU lalu tetapi kaum lain turut menyuarakan suara yang sama dengan
dibahagikan mengikut pecahan undi di bandar dan luar bandar.
“Penduduk kampung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak
cenderung mengundi BN namun pengundi bandar dilihat memilih PR,” tambah
Welsh.
Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Syed Arabi Idid pula
berpendapat prestasi BN berterusan mencatatkan rekod buruk apabila BN
telah hilang dua pertiga kerusi Parlimen dua kali berturut-turut.
Beliau
juga melihat tsunami Cina hanya berlaku di kawasan pengundinya majoriti
berbangsa Cina.
“Pola pengundian tidak banyak terjejas dan tsunami Cina yang didakwa
itu hanya berlaku di kawasan yang majoriti pengundinya Cina namun bagi
kawasan Melayu tidak banyak perubahan direkodkan.
“Malaysia mengamalkan kemenangan parti dan bukanlah berlandaskan undi
popular semata-mata. Imj BN dan Umno dilihat telah memperkukuhkan lagi
kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengundi kini telah melihat bahawa kini bukan BN sahaja satu-satunya
parti yang boleh dipilih malah turut mempertimbangkan PR sebagai parti
pilihan mereka berdasarkan PRU lepas.
“PR berjaya mengenegahkan isu jenayah dan rasuah manakala BN pula
tidak dilihat sebagai juara dalam isu berkenaan,” tambah Syed Arabi.
21 ulasan:
Pertambahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menterjemahkan kejayaan slogan Gelombang Merah yang dilancar Barisan Nasional (BN) Kelantan sebelum ini.
Slogan itu bukan sahaja membuktikan manifestasi kehendak rakyat Kelantan untuk berubah tetapi ia juga sebenarnya memberi makna besar terhadap kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam membangunkan negeri itu sejak memerintah pada 1990.
Pada PRU13 Ahad lepas, BN Kelantan menguasai lima kerusi Parlimen (Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Ketereh dan Machang) dan 12 Dun (Bukit Bunga, Ayer Lanas, Kuala Balah, Galas, Nenggiri, Paloh, Dabong, Semerak, Selising, Kelaboran, Manek Urai dan Kok Lanas) berbanding PRU terdahulu iaitu hanya menang dua kerusi Parlimen dan enam Dun.
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat Kelantan sebenarnya mahukan perubahan dan yakin dengan usaha yang akan dilakukan pihaknya dalam membangunkan negeri itu dan membela nasib mereka.
"Slogan Gelombang Merah ini masih relevan dan ini akan berterusan berdasarkan sokongan yang kami rasakan agak besar terhadap BN pada PRU13 ini," katanya.
Beliau berkata hasil 'post mortem' di peringkat awal yang dilakukan oleh BN mendapati sokongan pengundi luar yang pulang mengundi telah mengubah keadaan yang pada mulanya berpihak kepada BN.
"Pengundi luar ini sebenarnya penentu kejayaan kepada BN atau kepada Pas namun apa yang berlaku pada pilihan raya kali ini pengundi luar masih tidak berpihak kepada BN walaupun pelbagai usaha telah dilakukan termasuk bertemu mereka sebelum ini," katanya.
Mustapa yang menang kerusi Parlimen Jeli dan Dun Ayer Lanas mengakui apa yang dilakukan BN bagi menarik sokongan pengundi luar terutama golongan muda masih tidak memadai.
"Mereka sebenarnya kurang arif dengan apa yang berlaku di Kelantan dan mungkin maklumat yang diterima mereka masih kurang dan BN perlu lakukan sesuatu bagaimana untuk mengubah keadaan itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memilih BN, beliau berjanji BN akan kembali bangkit dan tidak akan sama sekali meminggirkan rakyat negeri itu dalam banyak aspek terutama pembangunan.
Mustapa berkata BN Kelantan juga akan mencari seberapa ramai pelapis muda yang boleh diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
"Calon ini nanti terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dan diterima rakyat," katanya.
Selain itu Mustapa berkata cara pendekatan lama yang masih diguna Umno akan ditransformasi bagi memberikan semula keyakinan masyarakat terhadap parti itu.
Menyentuh mengenai manifesto Mustapa berkata BN tetap akan melaksanakan segala aku janji dalam manifestonya terutama tujuh janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Kelantan.
Tiga daripadanya telah pun bermula iaitu pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai, pembinaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Rapidkb.
Penganalisis politik Datuk Hasan Harun berkata sokongan terhadap BN Kelantan itu sebenarnya banyak menunjukkan kemajuan dan BN tidak perlu khuatir kononnya tidak mendapat sokongan rakyat negeri itu.
"Kita sudah berjaya menyekat pengaruh Pas dan melemahkan mereka pada PRU kali ini.
Cumanya yang menjadi masalah ialah generasi Y yang bekerja di luar Kelantan yang masih tidak memberikan sokongan terhadap BN Kelantan," katanya.
Mungkin ramai tidak menyedari terutamanya dikalangan penyokong pembangkang bahawa PKR adalah pengamal politik anak beranak.
Anwar Ibrahim gila kuasa dan syok sendiri melantik dirinya sebagai Ketua Umum PKR tanpa melalui proses demokrasi. Bukankah itu perangai diktator? Mana demokrasinya?
Wan Azizah sebagai Presiden PKR sudah pasti menjadi proksi Anwar sejak dia dalam penjara lagi. Yang peliknya, kenapa tidak lepaskan jawatan selepas Anwar bebas dari penjara?
Nurul Izzah, anak sulung Anwar dan Wan Azizah adalah pelengkap kepada amalan parti anak beranak dan kronisme tahap tertinggi dalam sejarah politilk Malaysia.
Persoalannya, kenapa ianya dibiarkan berlaku? Mungkin penyokong pakatan pembangkang terlalu asyik dengan candu yang sering diberikan oleh Anwar setiap kali ceramahnya.
Ini belum masuk Azmin Ali. Sekutu rapat anwar sebagai Timbalan Presiden.
Memang layak PKR hanya untuk anak beranak ahli parlimen Permatang Pauh. Pusing kot mana pon tetap darah daging dia.
Beliau mendakwa, semua orang tahu Nik Abdul Aziz sudah lanjut usia dan entah berapa lama lagi akan mampu bertahan, justeru itu, beliau awal-awal lagi mempertaruhkan anaknya demi memastikan ada keturunan mereka kekal dalam jawatan politik.
Katanya, budaya kronisme dan nepotisme yang mula diamalkan Pas itu membuktikan mereka kini sudah tidak ada beza lagi dengan PKR dan DAP yang sedia maklum sudah sekian lama mengamalkannya.
"Kalau kita lihat DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen, anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti. Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat.
"PKR pula, penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen manakala Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus kekal menjadi presiden parti. Ini parti anak beranak bukan parti rakyat. Nama sahaja Parti Keadilan Rakyat, tetapi sebenarnya parti anak beranak. Ini bukti yang patut rakyat nilai, termasuk di Kelantan sendiri."
Mohd. Fatmi diminta mengulas mengenai pengumuman calon Pas dan PKR untuk menghadapi PRU-13 yang dilakukan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di Machang semalam.
Kombinasi kedua-dua parti itu dalam PRU-13 ini menampilkan 16 muka baharu dan yang paling mendapat tumpuan adalah pencalonan Nik Abduh anak kepada Menteri Besar dan Musyidul Am Pas.
Tambah Mohd. Fatmi yang juga merupakan calon BN Parlimen Kota Bharu, budaya begini tidak pernah berlaku pada BN yang apabila pemimpin masih berjawatan mempertaruhkan anak mereka untuk bertanding pada pilihan raya.
"Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mereka memegang jawatan itu tidak ada seorang pun anak mereka menjadi wakil rakyat.
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber Dan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, ia adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan setiap ahli keluarga berada di tahap baik.
Aspek kesihatan reproduktif ini perlu diberi perhatian kerana ia akan mengganggu mutu kualiti institusi kekeluargaan sekiranya ada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan
keluarga juga disaran mempertingkat pengetahuan maklumat dalam semua perkara khasnya pengetahuan isu-isu semasa bagi mempersiapkan diri menghadapi ancaman yang berusaha menghakis institusi kekeluargaan.
“Institusi kekeluargaan merupakan tunjang kepada perubahan masyarakat, sehubungan itu ia perlu diperkukuh agar dapat menghadapi cabaran-cabaran persekitaran yang sentiasa berubah
MASYARAKAT di negeri ini khususnya warga Sandakan digalakkan untuk turut menjejaki jejak-jejak warisan sebagai satu pengalaman baru dan sekali gus menambah ilmu pengetahuan terutama di kalangan golongan muda dan para pelajar.
Pengisahan yang amat nostalgik ini sesungguhnya memberikan keseronokan kepada sesiapa saja untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah negeri sekali gus membantu usaha menjadikan bandar berkenaan sebagai destinasi pelancongan paling agresif dan proaktif di peringkat tempatan serta antarabangsa.
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry will strengthen cooperation with manufacturers, suppliers, importers and trade associations over the prices and supply of essential goods.
Its minister Datuk Hasan Malek said towards this end, a meeting would be held with these sectors this Monday to get their commitment to cooperate with the ministry in controlling the prices of goods in the market.
Besides being an enforcement measure to tackle the issue of price increase of essential goods during the Aidilfitri festive season, Ops Harga 2013 is also aimed at curbing traders from manipulating prices and to adhere to the trade laws.
Hasan said 1,845 enforcement staff nationwide would be deployed in implementing ‘Ops Harga 2013’ so as to intensify monitoring and inspection of all levels of trading.
parti pembangkang seprti PKR adalah parti anak beranak
Catat Ulasan