BULETIN ONLINE
BESUT – Barisan Nasional (BN) sehingga
kini telah ‘menaburkan sepuluh janji’ dalam kempen piliharaya kecil N.01
Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut bernilai RM377.45 juta, sebagai
umpan menjelang hari pengundian yang akan diadakan pada Rabu 24 Julai
ini.Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Md Ramli menegaskan, jumlah peruntukan beratus juta itu merupakan pengakuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mengesahkan dakwaan PAS dan Pakatan Rakyat tentang ‘peminggiran’ Kuala Besut dari arus pembangunan.
“kesemuanya adalah pengakuan UMNO dan Barisan Nasional bahwa dakwaan kami PAS dan Pakatan Rakyat yang menegaskan Kuala Besut dipinggirkan adalah semuanya benar dan semua ini wajar dilihat sebagai sogokan dan dalam keadaan tertekan ini mereka akan melakukan apa sahaja.
“(oleh itu) kami mengajak rakyat dan pengundi N.01 Kuala Besut membayangkan dan memikirkan, andaikata PRK ini tidak ada, maka beterusanlah kerajaan Barisan Nasional mengkesampingkan rakyat Kuala Besut,”jelasnya kepada pihak media pada sidang media yang diadakan di Markaz Besar PAS, Kampung Baharu pada Ahad 21 Julai
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai berkata, rakyat Kuala Besut mendapat ‘habuan’ itu kerana hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan.
Namun begitu, beliau mempersoalkan, sampai bilakah perancangan pembangunan ‘ad-hoc’, menyelesaikan keperluan rakyat ‘secara krisis’ dan ‘keadaan tertekan’ seperti itu akan diteruskan oleh Barisan Nasional?
Beliau turut mempersoalkan, dari manakah sumber kewangan bagi membiayai segala peruntukan ratusan juta ringgit yang dumumkan Barisan Nasional sepanjang sepuluh hari kempen pilihanraya kecil yang pertama selepas pilihanraya umum kali ke-13.
“Perancangan ad-hoc dan penyelesaian secara krisis seperti ini ternyata bukanlah melalui peruntukan belanjawan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
“Persoalannya sumber manakah yang digunakan oleh Barisan Nasional dalam peruntukan yang diumumkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut ini?”katanya.
Soal beliau, apakah ia daripada sumber kerajaan Persekutuan melalui perbelanjaan infrastruktur atau UMNO dan Barisan Nasional terus merompak Dana Khas Persekutuan yang juga merupakan hasil royalti petroleum hak rakyat Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan