HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Julai 2013

Satu kes kad pengenalan palsu setiap dua minggu - Pengarah JPN Sabah di RCI

Oleh Mohd Farhan Darwis

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini diberitahu, sindiket kad pengenalan palsu di negara ini berleluasa berdasarkan kekerapan satu kes dilapor setiap dua minggu.

Memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ismail Ahmad ketika menyentuh isu pendatang asing mendapati ramai pemegang kad pengenalan palsu menggunakan alamat Sabah

"Sindiket IC palsu memang ada. Dia (pemegang kad palsu) di Kuala Lumpur, pakai alamat Sabah. Setiap dua minggu ada kes dilapor," katanya sambil menambah kebanyakan kes membabitkan kad pengenalan bermutu tinggi.

Saksi ke-163 itu, berkata pengesanan kad pengenalan meragukan biasanya  dikesan apabila mereka menukar resit kad pengenalan sementara kepada kad pengenalan.

"Apabila ada IC yang tidak betul datang ke JPN, kita semak dan jika mendapati dia tidak layak kerana kad pengenalannya meragukan, kita tarik balik IC itu.

"Seseorang yang tidak layak tidak boleh dapat IC," katanya depan Ketua Panel inkuiri berkenaan yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Mohd Idrus Ismail pula mencadangkan pengundi di seluruh negara didaftar semula bagi mengemas kini maklumat , sekali gus membersihkan daftar pemilih.

"Daftar semua sekali, lagi bagus. Tapi kita tak buang daftar lama. Mungkin ada yang sudah menetap di merata-rata tempat," kata saksi ke-164 itu tetapi mengakui tindakan itu memerlukan implikasi besar..

"Implikasinya besar. Kita kena pinda Perlembagaan. Ia tidak boleh dilaksanakan dalam masa cepat. Ia perlu kajian tepat, memang agak serabut," katanya.

Ditanya sama ada SPR sedia meletak gambar pengundi dalam semakan daftar pemilih di laman web suruhanjaya itu, Mohd Idrus berkata ia boleh dilaksanakan dengan kerjasama dengan JPN.

"Letak gambar kita kena kaji balik,  dan perlu ada perjanjian dengan JPN dan SPR," katanya yang memegang jawatan itu sejak 1 November 2004.

Inkuiri bersambung jam 9.30 pagi esok.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung dahulu hingga siasatan RCI berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

MEMANG AMAT SESUAILAH TU BAGI TUMPUAN PADA PROSES SIASATAN SEKARANG

Tanpa Nama berkata...

Permohonan dan pemberian taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat. Dimaklumkan juga bahawa pemberian taraf kewarganegaraan berjalan seperti biasa di Sarawak, antaranya melalui program 'outreach' bagi memastikan anak-anak tempatan dapat menikmati kemudahan pendidikan dan bantuan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Wan Junaidi berkata kuasa khas di bawah undang-undang negeri akan diberikan kepada ketua kampung, ketua kaum dan kapitan Cina membantu Jabatan Pendaftaran Negara mengenalpasti status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.

HARAP MEREKA YANG DIBERIKAN AMANAH INI AKAN JALANKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

Tanpa Nama berkata...

Beliau juga meminta wakil-wakil rakyat yang mempunyai masalah kewarganegaraan di kawasan masing-masing untuk membawa dokumen berkaitan dan berjumpa dengan beliau.

PASTIKAN MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH KEWARGANEGARAAN, LATAR BELAKANG AKAN DITELITI DENGAN BAIK

Tanpa Nama berkata...

Wan Junaidi berkata: "Pada masa ini, tidak ada permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang dikategorikan sebagai tertunggak." Sehubungan itu, beliau berkata beban untuk membuktikan kelayakan untuk dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

mantera berkata...

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin Di Sabah pada Jumaat diberitahu pemberian dokumen pengenalan diri kepada masyarakat Pala'u atau 'sea gypsies' akan mencegah masyarakat itu daripada menimbulkan besar kepada masyarakat lain pada masa akan datng.

mantera berkata...

Ketika membuat cadangan itu, Ketua Kampung Bangau-Bangau dari Semporna, Juak Borneo, 61, yang juga berketurunan Pala'u, berkata masyarakat tersebut tidak mempunyai pendidikan dan mampu melakukan kegiatan tidak baik seperti mencuri semata-mata untuk mencari nafkah hidup.

mantera berkata...

Saya bimbang dengan nasib masyarakat Pala'u. Mereka daif. Takut generasi (Pala'u) akan datang akan ketinggalan.

mantera berkata...

Saya bimbang dengan nasib masyarakat Pala'u. Mereka daif. Takut generasi (Pala'u) akan datang akan ketinggalan.

mantera berkata...


"Mereka sanggup menjelajah jauh untuk cari makan dan apabila mereka melihat pembangunan yang orang lain nikmati, kita khuatir mereka juga akan irihati dan melakukan kemusnahan harta benda

mantera berkata...

, masyarakat Pala'u, yang tinggal di perairan, mempunyai kebolehan mendayung perahu ke tempat jauh dan mereka boleh ditemui di perairan Malaysia, Filipina dan Indonesia

mantera berkata...

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu penempatan untuk masyarakat tersebut kerana ramai antara mereka lahir dan tinggal di perairan Malaysia, khususnya di Sabah dan kerap mendarat di pantai dan pulau-pulau di Sabah untuk berlindung dari cuaca buruk dan mencari makan.

mantera berkata...

Sementara itu, Mahat Ismail, 65, mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan (IC) palsu kepada pandatang asing.

mantera berkata...

Jelasnya, pihak terbabit dikatakan menderhaka kepada negara dan harus dibuang negeri atau diisytihar muflis atau dibekukan aset mereka.

"Kita jangan lagi berlembut dengan mereka. Kalau di negara lain, ada yang boleh hukum bunuh

mantera berkata...

Ismail Juhari, 74, yang juga berketurunan Suluk tempatan dari Tawau, mencadangkan agar IC sah yang dikeluarkan kepada pendatang asing ditarik balik.

Jelasnya, langkah itu boleh menunjukkan keseriusan dan ketelusan kerajaan dalam menangani masalah itu.

mantera berkata...

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gejala pemalsuan kad UNCHR dikesan semakin berleluasa dan pihaknya memandang serius perkara tersebut memandangkan kemudahan yang diberikan kerajaan dieksploitasikan.

mantera berkata...

Beliau berkata, jika pemegang kad UNCHR palsu berjaya dikesan kerajaan akan berhubung dengan negara asal masing-masing bagi membincangkan bentuk tindakan selanjutnya yang perlu diambil termasuk menghantar mereka pulang.

mantera berkata...

Terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menawarkan Kad UNCHR palsu kepada warga asing, jadi kita akan membanteras masalah ini daripada terus berleluasa.

mantera berkata...

Buat masa ini, kita tidak mempunyai jumlah sebenar kad UNCHR yang dipalsukan, kementerian juga akan memperhebat penguatkuasaan untuk mengesan pemilik kad UNCHR palsu

mantera berkata...

antara perkara lain yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah mengenai aspek layanan kerajaan kepada mereka yang diberikan kad UNCHR secara sah sebagai tanda pengenalan diri di negara ini.

mantera berkata...

Selain itu, katanya, kerajaan juga memutuskan setiap anak kepada pemilik kad UNCHR tidak secara automatik menjadi warganegara.

mantera berkata...

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kementerian akan mencari mekanisme lain bagi memutuskan kedudukan pemegang kad UNCHR selepas mereka melepasi had tempoh berada di negara ini atau selepas mereka tamat dalam perkhidmatan di sektor-sektor tertentu

Forest berkata...

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di sini hari ini diberitahu bahawa satu bahagian diwujudkan untuk memantau integriti petugas dan perkhidmatan Jabatan Imigresen.

Ketua pengarah imigresen Datuk Alias Ahmad berkata penubuhan bahagian yang ditadbir seorang pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertujuan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan jabatan berkenaan, di samping menambah baik prestasi anggotanya.

"Saya akui, kami ada kekangan. Tapi, kami sentiasa cuba memperbaiki perkhidmatan kami.

"Kami memberi fokus kepada manusia (petugas) dan bagaimana untuk menjadikan mereka memiliki integriti paling tinggi," katanya.

Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup tentang dokumen imigresen palsu, Alias berkata ia tidak mungkin dikeluarkan petugas jabatan itu.

Katanya jabatan itu menyimpan rekod mereka yang keluar dan masuk ke negara ini setiap masa.

"Sebanyak 300 juta migrasi berlaku pada satu-satu masa di dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripadanya.

"Agak sukar untuk mengesan orang yang keluar masuk melalui begitu banyak pintu masuk, tanpa adanya sistem yang sewajarnya," kata beliau.

Alias berkata Jabatan Imigresen menggunakan sistem biometrik di semua pintu masuk negara ini untuk merekod pengaliran mereka yang keluar dan masuk ke Malaysia, di samping untuk mempercepatkan urusan imigresen.

Menjawab soalan Manoj sama ada wujud kes pemalsuan pasport Malaysia, beliau berkata hanya terdapat sejumlah kecil kes seperti itu kerana pemalsuan pasport Malaysia sukar untuk dilakukan.

"Pasport Malaysia palsu selalunya dihasilkan di luar negara ini, seperti di China.

"Bagaimanapun, pasport ini tidak boleh digunakan di Malaysia kerana pasport Malaysia yang sah mempunyai cip keselamatan," katanya.

Sementara itu, Marthen Salempang, 63, yang lahir di Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia dan datang ke Sabah pada 1970, memberitahu siasatan itu bahawa dia tidak sedar perbuatannya memohon kad pengenalan (KP) Malaysia merupakan suatu kesalahan.

Apabila pegawai pengendali Jamil Aripin bertanya bagaimana perasaannya jika kerajaan membatalkan KP Malaysia yang dimilikinya, lelaki ini berkata dia akan memohon KP penduduk tetap kerana ingin terus tinggal di Malaysia.

"Saya mengaku kesalahan saya. Tapi, saya sudah tak ada lagi saudara mara di Sulawesi," katanya.

Ahmad Soso, 53, yang lahir di Bone, Sulawesi Selatan dan mendapat KP Malaysia dengan cara tidak sah, berkata dia akan mematuhi cadangan kerajaan sekiranya KP Malaysianya dibatalkan.

Pendatang ini memberitahu siasatan berkenaan bahawa dia tidak menyedari butiran yang terkandung di dalam KP yang dikeluarkan kepadanya adalah palsu, termasuk tempat kelahirannya.

Lelaki ini berkata dia berharap butiran tentang dirinya akan diperbetul dalam KP penduduk tetap atau MyPR apabila dia momohonnya kelak.

Pengerusi RCI itu, bekas hakim besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan sepenuhnya para pendatang berkenaan kerana memiliki kad pengenalan dengan cara yang salah.

"Asalkan ia (kad pengenalan) dikeluarkan pihak berkuasa berkenaan, ia dianggap sah oleh mereka (pendatang), walaupun butirannya tidak tepat. Persoalannya ialah, siapakah yang patut dipersalahkan?" katanya.

Panel itu turut dianggotai bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas ketua polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas timbalan ketua menteri Sabah Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas peguam besar negeri.

Tanpa Nama berkata...

Morshidi said 5,765 candidates were offered competitive courses, namely medicine (699), dentistry (119), pharmacy (260), law (385), chemical engineering (953), mechanical engineering (1,304), electrical and electronic engineering (1,122) and accounting (923).

Tanpa Nama berkata...

on the other hand, if a candidate applied to only popular universities, he would face a stiff competition and ultimately, fail to get a place from the universities.

Tanpa Nama berkata...

Barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) yakin Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah calon yang berwibawa untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil (PRK) 24 Julai ini.

Tanpa Nama berkata...

Mereka menyifatkan pemilihan Tengku Zaihan, 37, bertepatan dan bersesuaian dengan peribadinya yang aktif mendampingi masyarakat dan merangka program untuk memajukan rakyat sebelum ini.

Tanpa Nama berkata...

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dengan peribadi Tengku Zaihan itu, pertandingan satu lawan satu pada PRK ini akan memberi kelebihan kepada BN dan parti itu dijangka akan terus menguasai Kuala Besut seperti sebelum ini.

Tanpa Nama berkata...

Tengku Zaihan merupakan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut.

Tanpa Nama berkata...

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata selain mengenali kehendak penduduk di sini, Tengku Zaihan juga diihat mempunyai kualiti seorang wakil rakyat dalam membawa masalah rakyat.