Oleh Edy Noor Reduan
Susulan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) segera membidas cadangan yang mengelirukan rakyat.
Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut.
Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat?
Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya.
Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali.
Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut.
Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut.
Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di K.Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi adalah sangat tidak relevan. Tiada logik sistem dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya kecil.
Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK K.Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan.
Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemanangan rakyat.
Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan!
46 ulasan:
Dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung isu dakwat kekal dianggap tidak lagi relevan memandangkan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan oleh pembangkang berlakunya kejadian mengundi dua kali disebabkan oleh dakwat kekal yang mudah luntur.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menjadi asas kepada dakwaan Pakatan Pembangkang berhubung kepada kegagalan dakwat yang didakwa mereka tidak kekal dan mudah luntur dari jari pengundi.
Biarpun ada dakwaan dakwat itu tidak kekal tetapi ia tidak menjadi sebarang isu besar sekiranya tidak ada kejadian mengundi dua kali. Kita perlu ingat, dakwat kekal itu hanyalah satu elemen keselamatan tambahan yang didesak oleh Pakatan agar ia digunakan ketika PRU.
Pembangkang hari ini cuba mainkan isu dakwat tersebut tidak kekal tetapi mereka hingga hari ini tidak dapat buktikan sebarang kejadian mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat itu kekal di jari pengundi, tegasnya.
Justeru itu katanya, isu dakwat kekal ini tidak boleh dijadikan dasar hujah bahawa berlakunya penipuan dan penyelewengan undi dalam PRU ke 13 baru-baru ini.
Isu dakwat kekal ini sama seperti isu blackout, isu kotak undi, isu 40 ribu warga Bangladesh, yang sehingga ke hari ini tidak ada bukti sama sekali yang dikemukakan oleh pembangkang untuk mengesahkan dakwaan mereka.
Sebaliknya, SPR pula yang mengesahkan bahawa gambar yang menunjukkan berlakunya blackout ketika pengiraan undi itu adalah gambar lakonan yang dibuat-buat oleh pembangkang, jelasnya lagi.
Justeru itu beliau meminta agar rakyat di negara ini tidak tertipu dengan permainan licik politik pembangkang yang sanggup menabur fitnah dan cerita-cerita yang tidak benar untuk memburukkan kerajaan yang ada hari ini.
Pembangkang sehingga ke hari ini tidak habis-habis memfitnah dan membuat tohmahan tentang keburukan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya untuk membentuk persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
Tetapi sehingga ke hari ini, kita lihat mereka hanya bercakap kosong tanpa disertai sebarang bukti apa yang mereka dakwakan itu. Mereka pusing keliling negara, cakap itu dan ini pada rakyat tapi semuanya kosong.
Pembangkang berpolitik bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi mempergunakan rakyat untuk kepentingan agenda politik peribadi mereka, tegasnya.
Sebenarnya sebelum ini pihak SPR telahpun memberi pertunjukkan dan demo dakwat yang digunakan dalam pilihanraya sebelum ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dahulu telahpun mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal bagi pemimpin parti-parti politik di Selangor.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman berkata, simulasiitu bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai penggunaan dakwat tersebut padapilihan raya umum sebelum ini.
Proses ini memberikan kesempatan kepada pemimpin parti politik untuk melihat sendiri beberapa kemungkinan yang timbul berikutan penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian kelak,katanya kepada pemberita pada majlis taklimat simulasi yang disampaikan Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah.
Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan JawatankuasaPilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Cadangan ini telah pun disetujui SPR tetapi hingga kini pembangkang pula yang marah-marah.
Mereka yang akan mengundi terlebih dahulu akan dicalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri. Ketua MIC Bahagian Kapar, T. Ganesan dulu juga berkata simulasi tersebut tepat pada masanya bagi mengelak salah faham mengenai pengunaan dakwat kekal.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Parlimen Kapar berkata, simulasi itu turut menunjukkan komitmen SPR bagi menjalankan pilihan raya yang bersih dan telus. Namaun ini semua tidak dihargai malah di beri tophmahan pula.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Dengan tertubuhnya pasukan menyiasat mengenai dakwat kekal, adakah para pemimpin Pakatan Rakyat sudah cukup berpuas hati selepas berhempas pulas mendesak kerajaan pusat dan SPR menggunakan sistem itu?
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Mengimbas kembali detik-detik bantahan para pemimpin Pakatan dan juga Bersih terhadap penggunaan sistem Biometrik, ternyata puak-puak ini tidak pernah mengkaji baik buruknya sesuatu sistem itu sebelum dilaksanakan.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Seolah-olah dakwat kekal adalah kaedah paling sempurna di dunia walaupun telah diberikan amaran bahawa dakwat kekal tetap tidak menjamin ketelusan pilihanraya sebagaimana yang telah berlaku di beberapa buah negara yang menggunakan kaedah ini.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO tajaan mereka sebenarnya faham dan sedia maklum mengenai risiko yang memungkinkan berlakunya penipuan ketika hari mengundi. Atas sebab itu mereka mendesak kerajaan pusat dan juga SPR supaya menggunakan kaedah ini agar mereka sentiasa mempunyai isu untuk dimainkan jika kalah PRU13.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Semuanya telah dirancang dengan rapi bagi memburuk-burukkan SPR dengan menuduh badan itu bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional, sekaligus menanam bibit-bibit kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan harapan tercetusnya satu fenomena Arab Spring versi Malaysia.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Malang sekali apabila desakan pembangkang ini tidak dikekang dengan hujah yang tegas sejak awal lagi. Maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut berdasarkan pengalaman di beberapa buah negara. Kini, apabila pilihanraya sudah berlalu, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor SPR berkaitan dakwat kekal.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sejak mula lagi dan boleh dielakkan jika puak-puak terdesak ini tidak taksub dengan dakwat kekal sehingga sanggup mengheret rakyat ke jalanraya semata-mata mahu ianya dilaksanakan. Objektifnya hanya satu iaitu menuduh SPR tidak telus yang kemudiannya dijadikan alasan untuk menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya ditolak.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Apa yang mungkin rakyat terlepas pandang dalam kes ini ialah, wajarkah SPR dan kerajaan BN dipersalahkan sedangkan pada awalnya SPR dan BN amat keberatan untuk melaksanakan kaedah primitif ini?
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Hanya pihak yang mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya sahaja yang terdesak mahu ianya dilaksanakan agar strategi yang telah dirangka sejak 2008 itu dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan impian Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri ke-7 Malaysia.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Tidak dinafikan, SPR dan BN juga telah melakukan kesilapan namun kesilapan mereka bukan kerana penipuan pilihanraya, sebaliknya kerana terlalu berlembut serta mudah bertolak ansur dengan puak-puak pembangkang yang mana niat jijik mereka amat jelas kelihatan tanpa perlu disuluh.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Sebab itu rakyat sudah mula muak dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja pada waktu pengundian 5 Mei lepas, malah ketika anjuran demonstrasi Blackout di Padang Merbok.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Lagipun, bukan sekali Pakatan Rakyat melakukan kesilapan seperti ini. Sebelum insiden Lahad Datu, siapa yang lebih dulu menyanyikan lagu "Sabah akan hilang"? Begitu juga sebelum demonstrasi BERSIH bertukar ganas, siapa yang lebih dulu membangkitkan soal keganasan pihak polis?
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Taktik yang sama turut digunakan dalam isu dakwat kekal dimana Pakatan tidak henti-henti menuduh bahawa ianya bakal dimanipulasikan BN, sedangkan merekalah yang lebih dulu mahu ianya dilaksanakan dan mereka jugalah yang memanipulasinya dengan mencipta pelbagai cerita karut untuk santapan minda rakyat.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Kesimpulannya, Pakatan berjaya menjadikan kerajaan serta SPR sebagai badut sarkas dengan bantuan NGO-NGO yang dibiayai oleh mereka dan juga kuasa asing serta sokongan segerombolan penyokong-penyokong Pakatan yang berjaya "dikencing" Anwar. Namun, jika kita kaji dan imbas kembali sebelum dan selepas PRU13, ternyata kebodohan Pakatan tidak pernah pudar dalam parti itu.
DULU PAKATAN HARAM MINTA DAKWAT KEKAL, SEKARANG MEREKA BANTAH PULA DAKWAT KEKAL.. BUKANKAH PAKATAN YANG SEBENARNYA MEMPERBODOHKAN RAKYAT?
Dakwat kekal yang dicanang mereka kehulu dan kehilir sebagai kaedah TERBAIK, TELUS, BERSIH dan TIDAK MUDAH DIMANIPULASI akhirnya terbukti ianya boleh dimanipulasikan sebagaimana mereka memanipulasinya. Malah lebih melucukan, apabila cadangan "terunggul" itu jugalah yang bakal disiasat oleh SPRM kelak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberikan sepenuh kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila siasatan akan diadakan berhubung isu penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Kami akan memberikan kerjasama kerana kita sangat ingin tahu terhadap apa yang sebenarnya berlaku.
"Kami hanya terkejut bahawa dakwat itu boleh dibasuh," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Katanya, beliau mengetahui bahawa siasatan akan dijalankan oleh SPRM.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, siasatan akan menyiasat sama ada terdapat sebarang unsur rasuah seperti penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam mendapatkan dakwat berkenaan.
"Spesifikasi (dakwat) juga merupakan satu lagi aspek yang akan diteliti," katanya pada Ahad.
Dakwat kekal digunakan oleh SPR buat kali pertama untuk mengelakkan kemungkinan mengundi berulang tetapi suruhanjaya itu menerima pelbagai kecaman daripada parti-parti politik, calon-calon pilihan raya dan para pengundi apabila dakwat itu begitu mudah untuk dibersihkan.
Laporan polis kemudiannya dibuat oleh segelintir pengundi yang mendakwa dakwat itu mudah dibersihkan dalam tempoh beberapa jam.
Dalam tempoh sehingga pilihan raya pada 5 Mei laly, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat itu akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari.
Beliau juga berkata bahawa dakwat dengan berus dan tempat meletak tangan melibatkan kos kira-kira RM6 juta.
imbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin badan pengendali pilihan raya di negara ini akan bersikap terbuka berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan isu dakwat kekal pada PRU13 lalu.
Menurut Muhyiddin, terserahlah kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sama sekali tidak akan campur tangan dalam hal itu.
Itu urusan SPRM, terserah kepada mereka, kita tidak campuri urusan SPRM.
"Mungkin ada perkara tertentu yang perlu dilakukan.
"Kedua-duanya ialah suruhanjaya, masing-masing mempunyai bidang kuasa tertentu," katanya kepada pemberita
Catat Ulasan