Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sesi dialog bersama
NGO dan masyarakat awam akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas
sebelum penggubalan undang-undang baru menggantikan Akta Ordinan Darurat
(EO).
Menurut Zahid, sesi dialog itu bagi melaksanakan dasar keterbukaan kementeriannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk menerima komen orang ramai berhubung penggubalan akta tersebut sebelum dibentang di Parlimen.
"Untuk
melaksanakan dasar keterbukaan KDN), PDRM dan Jabatan Peguam Negara
akan mengadakan majlis dialog bersama NGO, individu dan masyarakat umum
untuk ketahui maklum balas dan juga komen-komen bagi akta ini supaya
diterima semua pihak agar lepas ordinan ini dibentang dan diluluskan di
Dewan Negara dan diperkenankan oleh Tuanku Agong tidak ada lagi rumah
siap pahat berbunyi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perlepasan Konvoi Kembara Queen Street di Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini.
Khamis lalu, Zahid dilaporkan berkata Jabatan Peguam Negara dan kementeriannya mengalu-alukan idea baru dan cadangan daripada pembangkang serta NGO tentang set draf pertama undang-undang baru untuk menggantikan EO itu agar ia lebih berkesan.
Bagaimanapun beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Setiausaha Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo membidas cadangan kerajaan itu kerana bimbang undang-undang baru itu didakwa akan menyerupai EO dengan hanya ditukar kepada nama baru.
Sehubungan itu, Zahid berkata lagi, undang-undang baru itu perlu diwujudkan memandangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan EO telah dimansuhkan sebelum ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata pihak polis wajar diberikan kuasa bagi melaksanakan undang-undang walaupun EO dan ISA telah dihapuskan.
"Dulu atas desakan, ISA dihapuskan, atas desakan Ordinan Darurat dihapuskan. Saya fikir akta hasutan tidak harus dihapuskan. Sebab, apa lagi yang tinggal?
"Kalau penghasut dan mereka yang menimbulkan perkara sensitif dan dianggap boleh menimbulkan perpecahan kaum, memberi gambaran negatif yang termasuk dalam kategori hasutan.
"Kalau dihapuskan, semua perkara dihalalkan. Asalkan fitnah, tohmahan, kutukan digalakkan. Saya fikir demokrasi tak menuntut begitu," katanya.
Menurut Zahid, sesi dialog itu bagi melaksanakan dasar keterbukaan kementeriannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk menerima komen orang ramai berhubung penggubalan akta tersebut sebelum dibentang di Parlimen.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perlepasan Konvoi Kembara Queen Street di Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pagi ini.
Khamis lalu, Zahid dilaporkan berkata Jabatan Peguam Negara dan kementeriannya mengalu-alukan idea baru dan cadangan daripada pembangkang serta NGO tentang set draf pertama undang-undang baru untuk menggantikan EO itu agar ia lebih berkesan.
Bagaimanapun beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Setiausaha Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo membidas cadangan kerajaan itu kerana bimbang undang-undang baru itu didakwa akan menyerupai EO dengan hanya ditukar kepada nama baru.
Sehubungan itu, Zahid berkata lagi, undang-undang baru itu perlu diwujudkan memandangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan EO telah dimansuhkan sebelum ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata pihak polis wajar diberikan kuasa bagi melaksanakan undang-undang walaupun EO dan ISA telah dihapuskan.
"Dulu atas desakan, ISA dihapuskan, atas desakan Ordinan Darurat dihapuskan. Saya fikir akta hasutan tidak harus dihapuskan. Sebab, apa lagi yang tinggal?
"Kalau penghasut dan mereka yang menimbulkan perkara sensitif dan dianggap boleh menimbulkan perpecahan kaum, memberi gambaran negatif yang termasuk dalam kategori hasutan.
"Kalau dihapuskan, semua perkara dihalalkan. Asalkan fitnah, tohmahan, kutukan digalakkan. Saya fikir demokrasi tak menuntut begitu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan