HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Oktober 2013

Gagal Menangkis Serangan Negatif Umno-BN Punca Gagal Diluar Bandar

BULETIN ONLINE

 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kekalahan PAS di kawasan Melayu luar bandar pada pilihanraya umum ke-13 lalu kerana kekurangan penyebaran maklumat dan gagal menangani gambaran negatif terhadap parti yang dilakar oleh Barisan Nasional (BN) melalui media arus perdana.

“Kami menghadapi banyak masalah dari media arus perdana. Barisan Nasional (BN ) yang menggunakan isu bangsa dan agama sebagai senjata terhadap kami, akibatnya, kami juga gagal untuk menangani persepsi negatif,”katanya.

Menurutnya PAS tidak mempunyai cawangan yang cukup dan jentera parti yang kuat untuk menangani persepsi negatif di kawasan luar bandar

Namun begitu, walaupun PAS kehilangan undi di luar bandar di negeri-negeri seperti di negeri Sembilan dan Kedah, PAS berjaya menang di beberapa kawasan campuran, mengekalkan pemerintahan di negeri Kelantan dan menang dan hampir-hampir menumbangkan BN di Terengganu.

“Kami juga membuat kemajuan di Johor. Saya tahu ini kerana saya mengetuai pasukan bedah siasat parti bagi menghadapi pilihan raya umum. Laporan penuh dan butiran akan dibentangkan pada bulan November, “katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar para ahlidan penyokong PAS meningkatkn usaha-usaha meluaskan pegaruh di kawasan luar bandar dan memperbanyakkan penubuhan cawangan-cawangan baru.

Beliau turut yakin dega kepimpinan pemuda PAS dan orang-orang muda di Malaysia amnya, akan dapat meningkatkan ketajaman tindakan mereka berasaskan isu-isu yang lebih penting di peringkat nasional terutamanya yang melibatkan isu-isu penyelewengan, rasuah dan pembaziran.

Beliau mencadangkan agar pemuda PAS dan orang-orang muda dapat bertindak berdasarkan kepetinga yang lebih besar berbanding isu-isu yang kecil dan remeh,

Tiada ulasan: