MALAYSIA CHRONICLE
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan sebagai satu pengabaikan hak terhadap penganut minoriti beragama Kristian di Malaysia.
Mahkamah sebulat suara telah menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian.
"Masyarakat Kristian di Malaysia kecewa dengan keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini
"Keputusan menyatakan kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada iman dan amalan penganut Kristian satu pengabaian kedudukan Bumiputera Timur Malaysia dan masyarakat orang asli Kristian yang membentuk 60% daripada gereja di Malaysia yang juga bertutur dalam bahasa Malaysia," kata Pengerusi CFM, Rev Dr Eu Hong Seng dalam satu kenyataan rasmi hari ini sebaik keputusan mahkamah pagi tadi.
CFM juga membidas keputusan tersebut sebagai bertentangan dengan hak kebebasan dan mengamalkan sesuatu agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Ia jelas menunjukkan penganut agama minoriti hanya boleh diamalkan dan dianuti selagi ia tidak menjejaskan 'keharmonian dan keamanan' penganut agama majoriti," kata Eu lagi.
Dalam pada itu, CFM membidas tindakan pihak berkuasa dan kumpulan-kumpulan tertentu yang membesarkan isu kalimah Allah sehingga menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin antara masyarakat Muslim dan Kristian.
"Perkara ini hanya akan membelakangi perpaduan rakyat Malaysia," katanya lagi.
Eu bagaimanapun tidak menyatakan hasrat CFM sama ada akan membuat rayuan ataupun tidak terhadap keputusan rayuan tersebut sebaliknya menggesa penganut Kristian supaya berdoa agar dipermudahkan segalanya.
CFM juga menekankan supaya Putrajaya menghormati penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah "Allah" yang dikeluarkan pada tahun 2011 di mana kelulusan diberikan kepada penganut Kristian untuk menggunakan kitab Injil berbahasa Melayu dan beberapa kelonggaran lain.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.
Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan.
Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.
Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.
Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.
Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

TMI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan