HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 Oktober 2013

HEP bawa calon Aspirasi UKM jamu nasi Arab?


DETIK DAILY

 
BANGI: Campur tangan pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam mencaturkan kemenangan calon Aspirasi disifatkan sudah terang lagi bersuluh.

Jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Azim Fitri, memberitahu Harakah, sumber yang diperoleh pihaknya menyatakan Hal Ehwal Pelajar universiti itu bertindak menyediakan bas untuk mereka terbabit termasuk penyokong dan pencadang kepada calon bagi menghadiri majlis makan malam.

"HEP UKM tidak boleh nafi. Selesai Bengkel Kepimpinan Pelajar HEP tadi (17 Oktober), tiga bas diguna mengangkut mereka untuk program makan malam dipercayai di restoran nasi Arab di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, bersama wakil menteri, Timbalan Naib Canselor (TNC) berserta para pengetua kolej," ujarnya.

Dalam PRK UKM tahun lalu, tambah Azim, bengkel untuk calon bertanding dilakukan dalam beberapa siri dengan sela masa antara bengkel tersebut dengan penamaan calon kira-kira seminggu.

Mengulas tentang perubahan pembahagian kerusi, beliau berkata, kerusi bagi calon Tahun 3 dan 4 yang dipertanding dan lazimnya dimenangi GMUKM telah dikurangkan kepada tiga calon berbanding empat pada tahun lalu.

"Manakala calon bertanding Tahun 1 dan 2 bertambah seorang daripada lima orang pada PRK tahun lalu menjadi enam calon pada pilihan raya tahun ini," ujarnya lagi sambil menyebut GMUKM kali ini bersedia membariskan 27 calon bertanding

Tiada ulasan: