S
Awal tahun 2013, pernah meletusnya isu Listen, Listen, Listen (DI SINI) & (DI SINI).
Masih ingat lagi? Terbaru, Isteri Mat Yo berjaya “menaikkan namanya” di
seluruh Malaysia dengan perbuatan & perkataan yang kurang enak
untuk didengari “Aku Tak _______, Aku Tak _______ & Pak Cik _______,
Pak Cik _______”. Walaubagaimanapun…..
Walaubagaimanapun, isteri Mat Yo Nor
Shahrul Idlan Talaha telah pun meminta maaf kepada anda semua sebagai
rakyat Malaysia atas kata-kata hinaan dan cacian kepada pak guard
(pengawal keselamatan) di Lapangan terbang Subang yang bernama Azman
Mohd Nayan yang 22 tahun lebih tua daripada isteri Mat Yo (Siti Aisya
Adam).
Terbaru, majikan Pak Guard Azman tetap
mahu saman isteri Mat Yo (Siti Aisya Adam) walaupun laporan polis
ditarik balik atau permohonan maaf telah dilakukan.
Kronologi Tindakan Saman Isteri Mat Yo Oleh Majikan Pak Guard
LIHAT VIDEO DI SINI
- Bermula meletupnya video isteri Mat Yo dilihat kurang ajar terhadap pak guard (VIDEO LENGKAP DI SINI)
- Pakcik Azman (Pak Guard) beri penjelasan perkara sebenar
- Isteri Mat Yo (Siti Aisya Adam) yang mahu mengambil tindakan mahkamah terlebih dahulu dengan sms yang berbunyi “pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ” dan mengatakan kebenaran bakal timbul. Kebenaran apa yang dimaksudkan?
- Majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan & melindungi hak Pak Guard seperti Azman
- Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Subang Skypark di Subang mula dilihat dengan teliti disebalik insiden yang berlaku
- Dengan rasa rendah dirinya, Isteri Mat Yo (Siti Aisya Adam) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
- Majikan Pak Guard tetap mahu saman di mahkamah
Kenyataan Isteri Mat Yo : Bukan Saya Yang Upload Video Itu!
Isteri Mat Yo menegaskan video telah dimuat naik oleh orang lain, bukannya oleh dirinya sendiri. Kata isteri Mat yo lagi, beliau tidak sedar mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. “Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan?”Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?” kata Siti Aisya Adam (isteri Mat Yo). Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polisSiti Aisya juga turut memberitahu yang dia sebenarnya adalah seorang yang menghormati orang tua.Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul
Sumber : Berita Harian (Bharian)
Isu Isteri Mat Yo Kurang ajar : Balasan & Pengajarannya?
- Jikalau sebelum ini, isteri Mat Yo seorang diri memaki, mencaci Pak Guard Azman itu
- Hari ini, majoriti rakyat Malaysia tampil menyokong penuh tindakan Pak Guard tersebut
Walaubagaimanapun, jika kes seperti ini
di bawa ke Mahkamah juga, apa yang boleh Berita Semasa katakan semoga
kemenangan berpihak kepada pihak yang benar. Insyaallah. Amin.
“Hidup ini ibarat roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah”
Inilah yang dikatakan setiap yang
berlaku pasti ada ‘hikmahnya’. Kita boleh saksikan sendiri apa yang
berlaku sekarang disebalik insiden ini dan ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan jaminan untuk dapat membeli maruah dan memperolehi kehormatan daripada orang lain sebegitu mudah.
Ya…..hari ini kita mungkin ‘di atas’,
kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita
ada, tetapi esok lusa belum tentu. Oleh itu, hormatilah sesama insan
tidak kira apa pangkat, kedudukan dan kekayaan anda.
“Allah itu Maha Adil, Maha Kaya”
Isu
seperti ini telah menjadi sebutan rakyat Malaysia bakal dikenang untuk
tempoh 50 – 80 tahun akan datang melibatkan generasi akan datang.
Dan diminta ustaz-ustaz perbanyakan lagi
pengisian dalam memberikan ceramah agama tentang konsep adab percakapan
dan sikap hormat menghormati dalam islam walaupun apa sahaja pangkat,
taraf kedudukan atau kekayaan dalam diri setiap insan.
Berita Semasa juga berharap khutbah
Jumaat akan datang memfokuskan mengenai adab percakapan dalam islam.
Episod kisah isteri Mat Yo ini harus dijadikan cerita teladan kepada
generasi akan datang. Apa pendapat & respon balas anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan