HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Oktober 2013

Isu K-Pop bukan salah Shabery seorang, kata Tony Pua

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
 






















Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) tidak harus dipertanggungjawabkan secara individu dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk membayar artis K-Pop kerana keputusan menjalankan konsert tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa, kata Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, berkata pihak yang bertanggungjawab tidak boleh mengelakkan kesalahan mereka dengan mengagihkan tanggungjawab kepada "keputusan jawatankuasa."

"Ini adalah suatu keputusan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan disiplin atau pun surcaj diambil," kata Pua dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pua yang juga Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkata, pihaknya turut menyokong tindakan Ahmad Shabery untuk memberikan keterangan dengan disiarkan secara langsung di televisyen.

Katanya, beliau mengharapkan Peraturan Mesyuarat Parlimen Perkara 85 dapat dipinda bagi membolehkan siaran langsung berkenaan dijalankan.

Tiada ulasan: