HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Oktober 2013

Nazri Aziz: Kristian Sabah, Sarawak dilarang guna Allah di Semenanjung

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz di sidang akhbar sempena Simposium Golf Antarabangsa di Hotel Royal Chulan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Oktober, 2013.Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz di sidang akhbar sempena Simposium Golf Antarabangsa di Hotel Royal Chulan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim

























Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menambahkan lagi kekeliruan dalam isu kalimah Allah apabila berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu patuh kepada undang-undang diamalkan di Semenanjung Malaysia yang tidak membenarkan kalimah Arab itu digunakan oleh bukan Islam apabila berada di sini.

Menteri Pelancongan itu berkata, warga Semenanjung yang ingin berkunjung ke Sabah dan Sarawak juga dikehendaki patuh kepada peraturan imigresen dan adat budaya mereka di sana.

"Di Semenanjung, kalimah Allah merujuk kepada Tuhan orang Islam malah di Semenanjung juga, Bible digunakan dalam bahasa Inggeris.

 "Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak perlu mematuhi peraturan di Semenanjung. Saya sendiri membantah jika kalimah Allah digunakan di Semenanjung.

Tiada ulasan: