HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Oktober 2013

JPJ dan polis tiada hak batal lesen pesalah trafik


OLEH JENNIFER GOMEZ

Pemandu tragedi bas Genting tidak disenaraihitamkan walaupun mempunyai 16 saman trafik yang belum dibayar.Pemandu tragedi bas Genting tidak disenaraihitamkan walaupun mempunyai 16 saman trafik yang belum dibayar. 























Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh menyenarai hitam atau mengambil tindakan terhadap pemandu tragedi bas Genting walaupun dia mempunyai 16 saman trafik yang belum dibayar kerana mereka tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menganggap kejadian berkenaan adalah terburuk dalam sejarah Malaysia berkata, 15 saman yang dikeluarkan atas nama Lim Kok Ho adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan satu lagi kerana kesalahan trafik.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh di Parlimen, beliau juga berkata terdapat 72,316 pemandu kenderaan awam yang mempunyai saman belum berbayar, tetapi JPJ tidak diberi kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka selagi mereka masih belum didakwa di mahkamah.

 Beliau menambah, JPJ tidak tahu berapa ramai yang masih bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam dan ia terpulang kepada pihak majikan untuk memeriksa jika mereka mempunyai rekod bersih.

Abdul Ghapur kemudian berdiri dan mengatakan dia tidak berpuas hati dengan jawapan Timbalan Menteri itu, dan mencadangkan pihak polis dan JPJ diberi kuasa untuk menyenarai hitam dan membatalkan lesen bagi pemandu yang mempunyai kesalahan trafik berulang.

"Ini kerana jika ia berterusan, keberangkalian berlakunya lebih banyak kemalangan. Proses mahkamah memakan masa yang lama. Beri sahaja kuasa kepada JPJ dan polis untuk membatalkan lesen mereka," kata Abdul Ghapur .

Abdul Aziz berkata Miros telah diarahkan untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa untuk meneliti perkara ini.

"Kami sedang mengkaji untuk memberi JPJ kuasa untuk menggantung dan membatalkan lesen para pemandu yang mempunyai kesalahan trafik berulang yang memandu pengangkutan awam," kata beliau lagi.
Dalam kejadian 21 Ogos lalu, sebuah bas terjunam ke gaung sedalam 200 kaki ketika perjalanan turun dari Pusat Peranginan Genting Hinghlands dan mendarat di atas pokok.

Seramai 37 daripada 53 orang penumpang terbunuh termasuk pemandu bas berkenaan, Lim.

Tiada ulasan: