HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Oktober 2013

Kapal bawa REO Lynas dari Australia tiba di Kuantan malam ini

KEADILAN DAILY


KUANTAN : Kapal yang membawa REO Lynas (rare earth oxides) dari Australia kini berada di perairan Singapura dan dijangka tiba di pelabuhan Kuantan malam ini.

“Kapal membawa REO Lynas dari Austrlia dah sampai ke perairan Singapura.

“Jom kumpul di Gebeng malam ni,” tulis ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di twitter, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Kapal bawa REO Lynas di perarian Singapura, dijangka tiba di Kuantan malam ini
Kapal bawa REO Lynas di perarian Singapura, dijangka tiba di Kuantan malam ini


Manakala di facebook Fuziah Salleh, beliau menyeru orang ramai termasuk aktivis alam sekitar untuk berhimpun di pelabuhan Kuantan bersama kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) dan Gabungan Membantah Lynas (SLC)

“Pandu kereta anda ke sana dan bunyikan hon,” kata Fuziah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Lee Chean Chung memaklumkan, pihaknya menyeru orang ramai berhimpun di Pusat Komuniti DUN Semambu di Jalan Haji Ahmad jam 9.15 malam ini.

“Kami akan bertolak ke pelabuhan bersama pada jam 9:30 malam. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh!, tulisnya di laman facebook.

Lynas_sk142

Akhbar Suara Keadilan sebelum ini mendedahkan loji Lynas di Gebeng, Kuantan bakal menerima bahan nadir bumi yang merbahaya untuk kali kedua.

Menurut satu sumber, kapal kontena ‘Red Resource’ berlepas dari Pelabuhan Fremantle’ 4 Oktober lalu.

Kilang Lynas yang terletak di Gebeng, Kuantan dijangka akan mengeluarkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun menjadi ancaman kepada hidupan laut dan kesihatan manusia.

Kadar itu adalah adalah 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah Perak yang ditutup 20 tahun lalu kerana mengancam kehidupan dan kesihatan.

Tiada ulasan: