KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kritikan utama Pakatan Rakyat ialah kelemahan profesionalisme PDRM seperti yang dibangkitkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis sejak 2004.“Cabaran KPN kepada seorang pembuat undang-undang tak profesional, bercanggah dengan hak rakyat Malaysia untuk berasa aman dan dilindungi daripada jenayah,” kata Nurul dalam kenyataan.
Tambahnya, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap jenayah dikongsi bersama, tidak mengira fahaman politik
.
Dalam pada itu, Nurul turut mempersoalkan prosedur operasi yang dilakukan polis, berbanding statistik jenayah yang menunjukkan penurunan.
“Pada 2010, polis mengatakan ada penurunan tujuh peratus, 2011 (9%) dan antara bulan Januari hingga Jun 2012 (5.13%).
“Persoalannya, mengapa pemerintah secara jelas mengabaikan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis (2004) untuk neningkatkan fasiliti PDRM? soal Izzah.
Katanya, Malaysia mempunyai kira-kira 112,583 anggota polis berbanding populasi yang berjumlah 28 juta orang.
“Sedangkan hanya 18% sahaja tenaga polis yang digunakan untuk memerangi jenayah,” kata Nurul Izzah.
Nurul turut mendesak Perdana Menteri supaya tidak terlalu sibuk dengan pemilihan parti dan fokus kepada agenda negara.
“Fokus untuk kembalikan kewarasan dan akal sihat anggota kabinetnya,” kata Nurul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan