DETIK DAILY
Susu Kambing , Sunnah Nabi Yang Dilupakan
Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.
Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.
Kajian
saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu
kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu
atau sebarang jenis susu.
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor
anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi
untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit,
memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta
membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
Ia juga sering dijadikan
bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga
mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka,
sabun dan krim pencukur.
KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan
dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman"
antara lain:
- Penyakit deman kuning.
- Penyakit lemah jantung.
- Penyakit darah tinggi.
- Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
- Penyakit batuk kering atau TB.
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
*Sumber dari blog sunnahfollower.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan