Cubaan ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) untuk menghalang pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA) melepasi bacaan kali kedua gagal apabila majoriti ahli Parlimen bersetuju ianya dibawa ke peringkat Jawatankuasa.
Usul belah-bahagi yang dibawa oleh ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dibuat selepas rang undang-undang berkenaan melalui proses undian untuk melepasi bacaan kali kedua.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya memberikan tempoh dua minit untuk ahli Parlimen mengira undi mereka dengan loceng Dewan dibunyikan selama tempoh itu.
Undi bersetuju untuk membawa rang undang-undang berkenaan kepada bacaan kali kedua di baca ketika ini menerima sejumlah 155 ndi, manakala hanya sejumlah 66 ahli Parlimen tidak bersetuju dengan perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan