Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah diarah melakukan perkara yang sama serta-merta sehingga UPR selesai.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang didakwa telah menyediakan satu laporan berkaitan hak asasi manusia di negara ini yang akan dibentang pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva nanti.
Kandungan laporan itu antara lain menyentuh mengenai hak kebebasan beragama dan meminta untuk Malaysia mengiktiraf hak-hak berlandaskan 'SOGI – Sexual Orientation & Gender Identity' iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons).
Jamil Khir berkata tuntutan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan kewajarannya memandangkan ia bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati oleh setiap warganegara di dalam dan juga luar negara," katanya.
Beliau berkata sebarang isu atau polemik yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam adalah amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua forum. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan