KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR - Terdapat peningkatan kematian dalam serbuan polis selepas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi bahawa lebih baik suspek kes jenayah ditembak dahulu, sebelum siasatan dijalankan.
“Sepuluh kematian dicatatkan selepas kenyataan Zahid pada 4 Oktober membuktikan kekhuatiran Pakatan Rakyat, masyarakat sivl dan orang awam.
“Mengapa berlaku peningkatan mendadak? Tak pernah terjadi sebelum ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran (gambar).
Menurut Surendran, antara 4 hingga 11 Oktober, sepuluh orang mati ditembak oleh polis.
Beliau bimbang kenyataan Zahid ditafsir sebagai ‘arahan’ Menteri Dalam Negeri berhubung penggunaan senjata api dalam operasi Polis.
Surendran membandingkan laporan Suruhanjaya Aduan Bebas Polis (IPCC) di Britain yang hanya melepaskan dua tembakan pada 2011/2012.
Manakala tiada tembakan langsung dilepaskan pada 2013, sedangkan populasi di United Kingdaom brejumlah 63 juta orang.
“Apakah sepuluh kematian itu akibat tindakan keterlaluan (polis), selepas kenyataan Zahid?
“Mengapa tidak ada seorang pun dari sepuluh penjenayah ditangkap hidup-hidup?, soal Surendran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan