| Aslani M, |
Penganalisis politik dari UKM, Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof berkata, politik penaungan menggunakan sepenuhnya kuasa wang bagi menguasai rakyat.
“Kerana amalan penaungan menyebabkan Umno terus boleh berkuasa di negara ini,” katanya pada program Sembang Politik anjuran sebuah NGO di sini malam tadi.
Turut bertindak sebagai penalis Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari UMK, manakala anggota parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak sebagai moderator.
Program itu merupakan penampilan pertama Dr Abu Hassan sejak bertugas sebagai dekan di UMK Kampus Bachok.
Sebelum itu seorang peserta memberitahu beliau bimbang budaya mengumpankan rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk BR1M bagi membolehkan parti terbabit kekal di tampuk kuasa.
Menurutnya, semasa belajar di peringkat menengah di United Kingdom pelajar diberi kebebasan memilih politik mana yang mereka sukai, sedangkan situasi berkenaan tidak wujud di Malaysia.
Katanya, kerajaan hendaklah memberi jaminan akta itu digubal bukan untuk menahan sewenang-wenangnya pemimpin parti pembangkang.
“Dari segi prinsip memang saya bersetuju namun bukan menggunakan undang-undang tersebut bagi menahan pemimpin yang mempunyai pandangan berbeza dengan kerajaan.
“Ruang perbincangan hendaklah diteruskan bagi memastikan undang-undang tersebut benar-benar digunakan bagi membendung jenayah,” ujarnya.
Menjawab soalan kemungkinan berulang peristiwa penolakan Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir ekoran tercetus isu gadaian kawasan balak di hulu Kelantan, Agus memberitahu situasi sekarang sangat berbeza.
Dr Abu Hassan pula berharap pemimpin kerajaan negeri memberi perhatian terhadap pandangan-pandangan dilontar ahli-ahli akademik biar pun dimuat dalam laman facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan