Khalid Ibrahim sekali lagi ditegur oleh Anwar Ibrahim. Teguran kali ini
saya kira teguran terakhir dan penghabisan. Selepas ini Anwar tidak
akan mengulangi perkara yang sama, sebab lama-kelamaan kalau beliau
bercakap perkara sama menyebabkan orang menganggap suaranya tidak laku.
Sebelum ini sudah beberapa kali Anwar membuat teguran dan sindiran
kepada Khalid di banyak tempat dan dalam majlis termasuklah mesyuarat
parti. Namun, teguran Anwar tidak membekas apa-apa, seperti mencurahkan
air ke daun keladi sahaja. Anwar semacam menjadikan tunggul kayu mati
dengan mengusik Khalid mengatakan ia hantu. Ia sedikit pun tidak
menakutkan Khalid.
Apa yang ditegur Anwar dan para pemimpin PKR lain supaya Khalid
mengubah stail dan pendekatan sebagai ketua kerajaan Selangor. Beliau
dikatakan mentadbir secara korporat dan mengabaikan
kepentingan-kepentingan politik untuk mengukuhkan kedudukan kuasa
politik itu sendiri. Khalid seakan menerima jawatan MB itu sebagai satu
penswastaan daripada pakatan Rakyat dan terpulang kepadanya untuk
melakukan apa saja tanpa perlu menerima pandangan dan maklumat semasa
daripada parti. Inilah masalahnya.
Walaupun acap kali ditegur Khalid tidak mengubah stail dan tidak
mengendahkan teguran ke batas dirinya. Paling melucukan dan dikesalkan
dia berasa teguran Anwar sebagai jenaka atau humor untuk mengambil hati
orang yang tidak selesa dengan sikap dan pendekatannya. Walhal Anwar
sudah serius meminta beliau mengubah stail dan memberi kepedulian kepada
orang politik sama. Khalid rupa-rupanya seorang yang kurang sensitivi
dalam soal-soal politik dalaman. Kita tidak tahu apakah beliau bersikap
begitu kerana enak merasai keempukan kerusi MB?
Sikap acuh tidak acuh atau 'lembu kenyang' inilah memeningkan kepada
ramai orang. Menyebabkan sesetengah pimpinan parti khas PKR sudah tidak
mahu ambil kisah lagi. Misalnya teguran terbaru Anwar itu sudah diberi
tindakan balas positif oleh Khalid dengan mengatakan Anwar membuat
teguran kecil dan menunjukkan Anwar suka kepada perbincangan. Selamba
sahaja beliau membidas balik Anwar dan mempertahankan dirinya.
Sikap dan sifat Khalid adalah "bulat-bulat buah beluru, buat-buat tidak tahu".
Terbaru apa yang diulangi Anwar mengenai sikap Khalid yang syok dan
bangga dengan kekayaan, wang lebihan perbelanjaan milik kerajaan negeri
Selangor tetapi tidak menggunakan kekayaan itu bagi kepentingan rakyat
sepenuhnya. Dari kaca mata Anwar banyak hal-hal mengenai rakyat tidak
dipenuhi oleh Khalid misalnya masalah kemiskinan. Inilah yang
dikesalkan. Sebaliknya Khalid menjawab dengan mengatakan bukan mudah
untuk mengumpul wang lebihan yang banyak.
Bermakna bagi Khalid dia syok kerana dapat mengumpul wang dan bangga
dengan kebolehannya. Perasaan itu terbalik, sepatutnya dia berasa bangga
kalau wang yang banyak itu boleh memperbaiki taraf sosial ekonomi
rakyat, menyediakan kemudahan semasa diperlukan rakyat Selangor bukannya
mengumpul wang.
Khalid sebagai MB mengambil sikap sebagai seorang taukey yang mengumpul
wang syarikat tanpa mempedulikan nasib orang bawahan seoptimanya. Dasar
orang korporat dia merasakan berjaya bila mempunyai lebihan wang yang
banyak. Walhal apa yang dia patut utamakan kesejahteraan rakyat. Tidak
ada guna kalau mempunyai wang lebihan tetapi masih ada rakyat yang
menderita atau ternanti-nanti bantuan.
Inilah yang tidak difahami Khalid apa yang dikehendaki penasihat umum
PKR dan juga orang bawahan.
Seharusnya Khalid sedar kuasa dan kedudukan
yang ada kini ialah kerana rakyat. Kerana susah payah orang politik
berjuang siang dan malam untuk menumbangkan UBN. Jadi Khalid sepatutnya
membayar atau memberi imbuhan atas usaha itu dengan membelanjakan wang
yang banyak itu untuk rakyat serta memberi imbuhan kepada
pekerja-pekerja parti.
Dia sepatutnya kena insaf kalau bukan kerana parti, orang bawahan yang
bekerja dia tidak akan sampai di tempat itu. Khalid jangan berfikir dia
diletakkan disitu semata-mata kerana perkenan Sultan. Dia kena tahu
sejarah dirinya.
Teguran dan sindiran macam mana lagi dari Anwar baru Khalid hendak
pedulikan. Sebenanrya Anwar sudah tidak dapat tahan lagi dengan sikap
dan telatah Khalid. Mungkin isu 'penolakan' kehadiran Saifuddin Nasution
Ismail di pejabat MB Selangor sebagai ketua staf menyebabkan Anwar
terpaksa menyuarakan sekali lagi rasa kurang enaknya terhadap Khalid.
Teguran akhir.
Sebelum ini Saifuddin dihantar ke pejabat MB untuk menjadi ketua staf.
Melihat kepada program yang akal diuruskan Saifuddin menunjukkan Anwar
mahu Saifuddin mencairkan wang lebihan yang banyak itu untuk kepentingan
rakyat. Program membantu dan mensejahterakan rakyat telah diatur oleh
Saifuddin.
Program itu menumpukan ke kawasan luar bandar. Peringat awal
empat kawasan parlimen luar bandar yang diberikan perioriti; Sabak
Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Malangnya
perancangan Anwar tanpa menolak Khalid ke tepi itu, tidak disetujui oleh
Khalid.
Khalid perlu insaf apa yang berlaku. Beliau tidak boleh menganggap
teguran Anwar itu untuk mengambil hati sahaja. Teguran Anwar itu sudah
terakhir kali dan serius. Teguran macam mana lagi harus dilakukan.
Sebagai seorang tua begitulah teguran yang wajar dilakukan. Lembut
tetapi menyusuk. Sepatutnya Khalid sudah insaf dan sedar mengenai
kedudukan dia. Apabila ada ura-ura untuk melantik orang lain sebagai MB
selepas pilihanraya lalu dia sudah mengambil sikap berundur secara
terhormat. Atau pun kalau mahu berundur kerana syok menjadi MB, bersedia
menurut arahan dan kehendak parti.
Khalid tidak boleh bersikap mempertahankan diri dan menjadikan sokongan
rakyat kepada pentadbirannya sebagai alasan. Betapa besar sokongan
rakyat sekali pun kalau parti tidak memberi restu kedudukan Khalid dalam
tidak halal.
Apa yang penting beliau jangan hanya mendengar nasiaht dan pandangan
daripada para ‘manager’nya sahaja. Yang dimaksudkan manager ini ialah
pegawai politik yang dilantik untuk mengeliling dan membantunya.
Biasanya manager akan memuji seorang CEO apabila makan dan minumnya
cukup. Manager lebih bersikap kapatlis berbanding CEO itu sendiri.
Mereka tidak akan pedulikan kehendak dan keperluan pekerja bawahanm,
iaitu orang parti. Khalid perlu mengadunkan kedua-dua pandangan; manager
dan pekerja.
Adalah dibimbangi dengan teguran terakhir Anwar itu sekiranya Khalid
tidak berbuat sesuatu, ia boleh menyebabkan orang hilang sabar. Kalau
Anwar hilang sabar masih boleh menyelamatkan keadaan. Tetapi kalau
rakyat (parti) hilang sabar ia akan menyusahkan semua orang. Jadi
sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini Khalid perlulah sedar dan
insaf. - msomelayu.blogspot.com,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan