HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Oktober 2013

Sg Limau: Motivasi berganda petugas pemuda

HarakahDaily


 

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat (gambar) sebagai calon bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi.

DPPWP menganggap pengumuman Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai itu sebagai calon PRK Dun Sungai Limau sebagai suatu penghormatan kepada golongan pemuda untuk menggalas tugas sebagai calon bagi PRK tersebut.

“Ia sebagai amanah yang besar kepada golongan pemuda untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan tercapai dalam PRK Dun Sungai Limau,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, DPPWP yakin pengumuman tersebut juga memberi inspirasi kepada petugas PAS seluruh negara bagi bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dalam PRK kali ini.

Dalam pada itu, ujarnya DPPWP telah menggerakkan seluruh jentera dan petugas pemuda PAS WP bagi membantu jentera PRK di Sungai Limau.

“Setakat hari ini, kesemua pemuda kawasan  telah memberikan komitmen yang tinggi dan bersemangat bagi memastikan kemenangan dapat dipertahankan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, beberapa gelombang yang dicetuskan sebagai pemangkin gerak kerja bermula minggu ini sehingga berakhirnya PRK Sungai Limau mampu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tegasnya, dengan pengisytiharan pemuda sebagai calon PRK Dun Sungai Limau, ia menaikkan motivasi serta semangat bekerja luar biasa kepada seluruh jentera pemuda khususnya dari WP.

“Insya Allah, dengan kekuatan yang ada, doa, iltizam dan keikhlasan dari semua pihak Dun Sungai Limau akan mampu dipertahankan,” katanya lagi.

Tiada ulasan: