HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mei 2020

Siasat segera pelaku provokasi perlembagaan negara

USTAZ AIRIEROSHAIRI ROSLAN

ALHAMDULILLAH pada hari ini, saya telah mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang telah membuat satu laporan polis khusus ke atas 2 isu utama untuk siasat lanjut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu:

1. YB Xavier Jayekumar (MP Kuala Langat) yang menghina Parlimen dan YDPA.

2. Artikel mempromosi LGBT di akhbar Malay Mail.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) berpandangan kedua-dua isu ini adalah isu yang menyetuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam.

Kami berpandangan memperlekehkan institusi Parlimen adalah sama seperti menghina YDPA memandangkan YDPA merupakan salah satu tonggak penting dan utama dalam berdirinya sebuah institusi parlimen di negara ini. 

Kami juga berpandangan mempromosi budaya songsang LGBT secara terbuka di akhbar arus perdana seolah-olah mencabar kedaulatan undang-undang dan institusi fatwa negara ini yang secara jelas menolak amalan songsang ini. 

Maka kerana itu, kami menggesa satu siasatan menyeluruh dijalankan secara adil dan telus ke atas individu-individu yang terlibat di dalam kedua-dua kes ini bagi terus menjamin kestabilan, keharmonian dan ketenteraman masyarakat di dalam negara ini. 

Demi Islam – Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AIRIEROSHAIRI ROSLAN-Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: