KUALA LUMPUR — Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.
1. Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan dakwaan bahawa pergerakan antara daerah di negeri Sarawak tidak memerlukan kebenaran pihak polis seperti yang tular di media sosial.
2. Pihak Pengurusan Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) Shah Alam, Selangor menafikan dakwaan bahawa kelab tersebut dikuarantin susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan ahlinya.
GGCC menegaskan tiada ahli kelab tersebut yang positif COVID-19. Kelab Itu menjelaskan sejak ia dibuka semula pada 6 Mei lalu pihaknya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan dengan mengamalkan penjarakan sosial dan membersihkan premis serta peralatan bagi menyediakan persekitaran yang selamat.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan