
Oleh itu, pengajaran sepanjang tempoh itu diharapkan tidak ‘tercicir’ dek kesibukan dan keghairahan senario politik yang telah berubah.
Misalnya, kata beliau, penglibatan UMNO dalam kerajaan yang baharu ditubuhkan selepas kecelaruan dan kejatuhan Pakatan Harapan (PH) dilihat pro aktif terutama ketika dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19 dengan pelbagai bantuan kepada rakyat.
”Pada masa sama, “normal baharu” juga menuntut kita lebih dinamik dalam segala inisiatif yang membabitkan kepentingan rakyat – termasuk memberi kritikan membina kepada kerajaan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun UMNO ke-74.
Beliau menaruh harapan semua ahli UMNO, tanpa kira jawatan terus bersemangat dan bertekad dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan