MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Khamis, 7 Mei 2020
Hotel dah jadi 'rumah hantu'
Sri Ayu Kartika Amri dan Raja Noraina Raja Rahim
RESORT, hotel, rumah tamu mahupun inap desa sering menjadi pilihan ramai selepas menetapkan destinasi percutian masing-masing.
Premis
penginapan pelancongan itu tidak pernah sunyi menerima kunjungan
pelancong saban tahun terutama pada musim cuti persekolahan dan cuti
umum.
Malah, menjadi kelebihan bagi pengusaha yang dapat memberikan kemudahan lebih selesa pada harga promosi.
Namun
begitu, kebanyakan tempat penginapan ketika ini ibarat 'rumah hantu'
selepas tidak menerima kunjungan tetamu kesan pandemik Covid-19 sehingga
ada antaranya terpaksa gulung tikar berikutan menanggung kerugian
besar.
Covid-19
dilihat bukan saja mengancam sektor kesihatan dan ekonomi, bahkan
sektor pelancongan yang paling teruk terjejas khususnya industri
perhotelan.
Perkara itu diakui Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan
berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, hotel tidak mencatat keuntungan
serta menanggung kerugian sepanjang tahun ini, bahkan dijangka
berlanjutan sehingga tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yap
Lip Seng berkata, kajian itu mencatatkan 50 peratus pengendali atau
pemilik hotel mempertimbangkan untuk menutup premis iaitu 15 peratus
ditutup secara kekal dan 35 peratus sementara.
Menurutnya, kaji
selidik MAH juga mendapati 20 peratus pekerja sudah diberi potongan gaji
manakala cuti tanpa gaji (26 peratus) dan diberhentikan kerja (enam
peratus).
KEBANYAKAN tempat penginapan ketika ini ibarat ‘rumah hantu’ selepas tidak menerima kunjungan tetamu.
"Selain
itu, tinjauan ke atas 324 hotel seluruh negara menunjukkan 93 peratus
memerlukan minimum enam bulan subsidi upah daripada kerajaan untuk
bertahan dan selebihnya meminta subsidi lebih tinggi daripada jumlah
yang ditawarkan kerajaan."
Subsidi itu perlu dilaksanakan segera kerana dibimbangi semakin banyak hotel akan ditutup.
"Majikan
meminta subsidi minimum RM1,200 untuk pekerja berpendapatan kurang
RM4,000 dan tambahan 30 peratus subsidi untuk pekerja berpendapatan
antara RM4,000 hingga RM8,000 sehingga Disember ini. Ia membolehkan
majikan mengekalkan tenaga kerja sepanjang tempoh itu," katanya ketika
dihubungi Harian Metro.
Ditanya mengenai jumlah hotel yang sudah
menghentikan operasi, Lip Seng berkata, pihaknya tiada data itu kerana
ia maklumat sulit syarikat terbabit.
Oleh itu, mengambil kira
peranan industri perhotelan dalam sektor pelancongan dan sumbangan
kepada ekonomi negara, beliau meminta beberapa pengecualian diberikan
pihak berkaitan kepada industri perhotelan untuk memberi ruang mereka
bangkit semula.
Katanya, antara pengecualian adalah faedah pinjaman, bayaran kepada Music Rights Malaysia Berhad (MRM) dan penilaian hartanah.
"Pengecualian
itu dapat mengurangkan kerugian dan bebanan dihadapi industri
disebabkan kerugian perniagaan akibat wabak Covid-19," katanya.
Dalam
pada itu, beliau turut menyarankan kerajaan menyediakan dana khas
menerusi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP) untuk membantu semula
industri perhotelan.
Katanya, penyediaan dana khas itu akan
membantu pemulihan segera industri perhotelan terutama daripada segi
pemasaran dan promosi dengan kerjasama pihak kerajaan termasuk Tourism
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan