
MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menafikan telah mengeluarkan
arahan untuk diadakan program saringan COVID-19 di Masjid Tanah, Alor
Gajah dekat sini, seperti yang tular dan disebarkan menerusi aplikasi
Whatsapp serta media sosial yang lain semalam.
Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Ismail Ali menerusi kenyataan hari ini berkata jabatan itu tidak pernah mengeluarkan hebahan berkenaan kepada orang awam yang telah mengunjungi sebuah pasar raya di Masjid Tanah.
“Bagaimanapun sesiapa yang terdedah kepada faktor-faktor risiko
jangkitan COVID-19 dan mempunyai simptom berkaitan, mereka
dinasihatkan untuk datang menjalani pemeriksaan di mana-mana fasiliti
kesihatan.
“Untuk maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai perkara itu,
orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center
(CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau emel cprcmelaka@moh.gov.my,” katanya.— BERNAMAPengarah Kesihatan Melaka, Dr Ismail Ali menerusi kenyataan hari ini berkata jabatan itu tidak pernah mengeluarkan hebahan berkenaan kepada orang awam yang telah mengunjungi sebuah pasar raya di Masjid Tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan