
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, keutuhan gabungan bersama PH merupakan tunjang dan kekuatan dalam menghadapi segala krisis yang melanda negara dan pada masa sama berhadapan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN).
“Bagaimanapun, kita berpandangan perkara tersebut wajar dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden,” katanya ringkas dalam kenyataannya kepada media hari ini.
Ahad lalu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kembali bersama PH merupakan satu-satunya pilihan yang ada bagi PPBM untuk memastikan terus mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang.
Dalam kenyataan itu, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan jelas apakah PPBM akan menentang Muafakat Nasional (MN), gabungan yang wujud antara UMNO dan Pas, atau apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti akan dilantik semula sebagai perdana menteri.
Kata beliau, hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH dan pengalaman tidak sampai dia bulan di bawah kerajaan PN yang ‘tidak wujud’ itu sangat pahit bagi PPBM hingga ke akar umbi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan