Tunggu keputusan Kabinet untuk dibawa ke Majlis Raja-Raja
TANAH MERAH –
Keputusan sama ada untuk membenarkan umat Islam menunaikan solat di
masjid akan diketahui minggu ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata, Mesyuarat Khas Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan Jumaat
lepas telah mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan
(KKM), pakar perubatan, cendekiawan agama, mufti dan exco agama negeri
berhubung perkara itu.
“Kita telah membuat kesimpulan bahawa ada
pendekatan tertentu yang boleh kita laksanakan, namun untuk
mengumumkannya saya tidak mempunyai kuasa itu berikutan ia terpaksa
melalui proses yang lain…kesimpulan dan prosedur operasi standard (SOP)
sudah ada.
“Perkara ini perlu melalui mesyuarat
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dibawa ke Kabinet untuk diperhalusi
sebelum dibawa kepada pihak berkuasa agama negeri dan Majlis Raja-Raja,”
katanya kepada pemberita pada program Musa’adah COVID di Kampung Bukit
Tebu, di sini, hari ini.
Pada program itu, beliau menyampaikan bantuan barangan keperluan asas makanan kepada 45 golongan asnaf.
Pada program itu, beliau menyampaikan bantuan barangan keperluan asas makanan kepada 45 golongan asnaf.
Ahmad Marzuk berkata, sehingga kini,
pihaknya masih lagi menunggu keputusan Kabinet bagi dibawa ke Majlis
Raja-Raja untuk diperkenankan.
“Masa terdekat kita akan mendapat
keputusan Kabinet dan menjangkakan minggu ini akan ada pengumuman
daripada Perdana Menteri yang kita sedia maklum Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga Jun dan akan melibatkan
Ramadan, solat Jumaat dan sebagainya,” katanya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan