Ir. Lukman Al Hakim
Ekonomi Malaysia di landasan tepat untuk pulih: Bank Dunia

KERAJAAN yang cemerlang mengurus bencana global akan cemerlang mentadbir negara dalam keadaan normal.
Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam
menangani COVID-19:
1) Malaysia berada di tangga ke-4 dari
105 buah negara dunia dari aspek kepuasan hati rakyat terhadap usaha
yang dilakukan kerajaan bagi mengekang penyebaran Coronavirus.
2) Setakat semalam, hanya 4 bahagian/zon (0.34 peratus) di negara ini yang masih berada di zon merah (lebih 40 kes positif).
3) Kadar kesembuhan pesakit yang dijangkiti COVID-19 adalah tinggi iaitu sebanyak 75.5 peratus (5,025 orang) setakat semalam.
4) Setakat semalam, jumlah kematian hanya
108 orang atau 1.62 peratus daripada keseluruhan kes (6,656 orang) dan
diiktiraf antara yang terendah di dunia.
5) Walaupun dengan prestasi yang sangat
baik, kerajaan Malaysia masih mengambil langkah berhati-hati dengan
melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga
9 Jun 2020 ketika beberapa negara dunia yang masih tinggi kes positif
dan kematian mengambil langkah menamatkan atau melonggarkan ‘lockdown’,
seperti di Sepanyol dan beberapa buah negeri di Amerika Syarikat (AS).
6) Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan
Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham diiktiraf sebagai 3 doktor terbaik dunia
dalam menangani COVID-19 oleh Global TV Network bersama-sama Dr. Anthony
Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
7) Dalam arena ekonomi pula, dua
institusi utama perbankan dunia Bank Dunia dan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) mengiktiraf kemampuan Malaysia menghadapi kemelesetan
ekonomi global dan pandemik COVID-19.
8) Laporan Bank Dunia menyebut ekonomi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih walaupun terkesan
teruk akibat pandemik COVID-19.
Manakala, IMF mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 9.0 peratus pada tahun 2021.
9) Walaupun dengan pencapaian yang begitu
membanggakan ini, Tan Sri Muhyiddin dalam banyak perutusan beliau
berkali-kali dengan penuh rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat
Malaysia atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi.
10) Beliau berseloroh secara natural dan
menggunakan laras bahasa yang mudah difahami. Tersenyum dengan tenang
walaupun seluruh negara tahu Tan Sri Muhyiddin sedang berperang dengan
kanser yang memberikan kesan teruk terhadap kesihatan diri beliau.
11) Tidak dinafikan terdapat beberapa
polisi yang perlu dibaiki termasuk pelantikan politik yang diragui
kemampuan mengendalikan GLC atau badan berkanun kerajaan serta
pelantikan Ti Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan baru-baru ini.
12) Begitu juga dengan prestasi beberapa
orang menteri baharu yang masih belum dilihat berkesan memacu
kementerian masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
13) Namun, secara keseluruhan saya
optimis kepimpinan Tan Sri Muhyiddin mampu membawa Malaysia ke tahap
yang lebih baik berbanding kepimpinan sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan