Turut sentuh solat tarawih, Aidilfitri dalam tempoh PKPB

PUTRAJAYA– Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang berlangsung pagi tadi
membincangkan pelbagai perkara termasuk mengenai solat tarawih dan
Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor
Hisham Abdullah, berkata Kementerian kesihatan (KKM) sudah memberikan
pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung perkara berkenaan.
“Saya sudah membentangkan perkembangan
COVID-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi
penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu.
“Selain solat Jumaat, ada banyak yang
dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik
mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya seperti dipetik
Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditanya
sama ada solat Tarawih dan Aidilfitri turut dibincangkan dalam mesyuarat
terbabit selain solat Jumaat dan apakah nasihat KKM berhubung perkara
terbabit.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata,
beliau sudah memberikan penerangan sebaik mungkin kepada jawatankuasa
terbabit supaya sebarang keraguan dan maklumat terkini dapat dikongsikan
bersama.
“Kita berharap kebijaksanaan
jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang
keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis
Raja-Raja,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan