Ultra kiasu tidak boleh diberi muka atas alasan perpaduan: Netizen

BANGI
– Pelantikan Naib Presiden parti perkauman MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker
sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara dianggap sebagai kesilapan
besar dalam keadaan rakyat sudah boleh menerima pentadbiran kerajaan
Perikatan Nasional.
Rata-rata pengguna media sosial
menyifatkan kerajaan PN tidak mengambil iktibar dengan pengalaman dan
sejarah pahit kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah.
“Macam manalah Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin boleh setuju dengan lantikan ultra kiasu ini yang
terang-terang anti-Islam masa zaman BN dulu.
“Sudahlah kalah dalam Pilihan Raya Umum
(PRU). Tengoklah jika tak percaya yang Ti Lian Ker ini pasti akan lebih
menunjukkan kuasa dia lebih dari bos atas dia seperti di Kementerian
Pendidikan zaman PH dulu di mana Maszlee Malik tenggelam jika
dibandingkan dengan timbalannya.
“PN taknak belajar dari sejarah ke?” demikian kata Perwira Sejagat.
Norshidah Norshidah pula berpandangan, pelantikan Lian Ker sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara tidak seharusnya berlaku.
“Sepatutnya tidak ada lagi timbalan
menteri daripada kalangan MCA. Itu semua sepatutnya menjadi sejarah.
Kenapa Melayu ini mudah lupa,” katanya.
Sementara Effa Taffa pula menegaskan bahawa ultra kiasu tidak boleh diberi muka atas alasan perpaduan.
“Nanti bila ada kuasa kita digigit
semula. Sudah nampak sisi sebenar mereka 22 bulan betapa bencinya mereka
pada Melayu. Kami beri kuasa bukan untuk susukan kera di hutan,”
katanya.
Mohd Ghaib Muhamad setuju sekiranya jawatan itu dilantik oleh golongan professional.
“Pemimpin MCA yang tidak dengar nasihat patut disingkirkan sahaja. Jangan bagi peluang langsung,” katanya.
Lian Ker mencetuskan kontroversi pada
2017 apabila berkata, MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai
telah mencapai kejayaan apabila menghalang UMNO yang mengetuai BN
daripada membawa RUU355 melalui usul kerajaan.
Menurut beliau, kejayaan ini menunjukkan bahawa MCA masih kuat dalam memberi tekanan politik dalam BN.
Selain itu, pada tahun yang sama juga
Lian Ker pernah mendesak kerajaan, terutama Kementerian Dalam Negeri,
untuk menjelaskan mengapa Dr Zakir Naik diberikan status PR, kerana pada
Lian Ker, pakar perbandingan agama itu terkenal menimbulkan ketegangan.
Lian Ker berkata, beliau berasa tidak
senang apabila Dr Zakir diizinkan untuk mengadakan ceramah agama di sini
walaupun beliau telah menimbulkan banyak kegelisahan di kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan