PENYERTAAN dan sokongan UMNO yang sebelah kaki kini di pentas
kerajaan hanyalah untuk menamatkan pemerintahan ala politburo dan
mengekang berlanjutnya era pemerintahan dinasti di negara ini.
Dalam perutusannya sempena ulang tahun UMNO ke-74 hari ini, Presiden
UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia turut menamatkan era
kegilaan kuasa dan penipuan yang telah membelenggu rakyat selama 22
bulan.
“Kita tidak megah dengan kuasa, kita bukan gila kuasa tetapi
perjuangkan laluan masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat. Dengan
Melayu sebagai teras pemerintahan dan Islam dijadikan tiang serinya,
keterlanjuran silam boleh dielakkan.
“UMNO hari ini belum ada kuasa penuh untuk mencantumkan semua
aspirasi rakyat. Masa depannya masih dihampar laluan berliku. Perjalanan
masih jauh dan cabaran sentiasa mendatang. Oleh itu, semua ahli perlu
bertekad untuk bersatu hati demi mengukuhkan parti dan sedia
menterjemahkan impian kepada kenyataan,” kata beliau dalam Facebook
miliknya pagi ini
.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan