
Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri zon hijau.
“Individu yang datang dari zon merah dan mereka yang pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azlan berkata sehingga hari ini, sejumlah 116 orang masih dikuarantin di 3 pusat kuarantin di Perlis dengan 49 ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian, 43 di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan bakinya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kangar.
Katanya orang ramai dibenarkan makan di kedai, namun pemilik premis perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan tindakan tegas akan diambil jika gagal berbuat demikian.
Mengulas aktiviti sukan dan rekreasi, beliau berkata, orang ramai hanya dibenarkan melakukan aktiviti joging di Trek Denai Larian, Pengkalan Assam, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Taman Bukit Lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan