HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Mei 2020

PBT Johor sita 230 premis perniagaan sepanjang tempoh PKP

Kerajaan Johor akan membantu memastikan premis perniagaan 
SOP ditetapkan susulan keputusan kerajaan negeri mengikuti 
langkah Putrajaya melaksanakan PKPB berkuat kuasa semalam.
 
JOHOR BAHRU: Sebanyak 230 premis disita oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini ketika operasi pemeriksaan pematuhan industri atau sektor ekonomi kepada perintah kawalan pergerakan (PKP), bagi tempoh 21 Mac hingga 3 Mei lepas.
Exco negeri Ayub Jamil.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 8,033 amaran lisan, 6,892 notis amaran bertulis dan 158 tawaran kompaun turut dikeluarkan.

“Untuk rekod, 128,705 pemeriksaan dilaksanakan PBT Johor ke atas pelbagai premis perniagaan, pusat hiburan, pasar awam, kilang dan tapak pembinaan bagi memastikan pematuhan industri atau sektor ekonomi kepada arahan PKP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi memastikan pematuhan berterusan ketika tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), beliau berkata 1,681 petugas barisan hadapan PBT akan terlibat dalam operasi pemeriksaan premis perniagaan atau kilang yang dibenarkan beroperasi.
Menurut beliau, kesemua mereka akan membantu memastikan premis atau kilang yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan keputusan kerajaan negeri mengikuti langkah kerajaan persekutuan melaksanakan PKPB berkuat kuasa semalam.

“Oleh itu, usaha ini (pemeriksaan) semestinya akan terus dijalankan bagi memastikan keadaan di negeri Johor sentiasa terkawal,” katanya.

Tiada ulasan: