MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 9 Mei 2020
Speaker terima usul agar Dewan Rakyat bersidang 8 hari dibahas
MALAYSIAKINI
Speaker
Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima satu usul tergempar
berkenaan gesaan agar sidang Parlimen pada 18 Mei ini, yang dijadual
berlangsung sehari sahaja, dilanjutkan kepada lapan hari.
Dalam
satu kenyataan hari ini, Ariff berkata beliau telah menerima usul
daripada Anggota Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong, dan memutuskan untuk
menerima sebahagian daripadanya.
Empat perkara yang dibangkitkan dalam usul itu ialah:
Usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Undi percaya kepada Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad.
Bahawa
Parlimen berhak mengawal selia tatacaranya sendiri, dan tidak terikat
dengan mana-mana peraturan terutama perintah kawalan pergerakan (PKP).
Usul agar sidang Dewan Rakyat dilanjutkan daripada sehari kepada lapan hari.
"Atas
pertimbangan berdasarkan penjelasan yang diberikan, saya memutuskan
agar sebahagian ditolak dengan alasan usul dikemukakan tidak perlu
disegerakan.
"...Dan
sebahagian diterima kerana ia perkara tertentu, untuk kepentingan orang
ramai dan perlu disegerakan boleh dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat
kelak," katanya.
Ariff tidak menyatakan secara khusus bahagian usul yang diterima, atau bila ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat.
VK Liew
Bagaimanapun,
Liew dalam kenyataan berkata Ariff telah menolak dua bahagian pertama
usulnya, dan menerima dua bahagian lagi berkenaan tempoh sidang Dewan
Rakyat.
Beliau berkata speaker telah memaklumkan kepadanya berkenaan perkara itu dalam sepucuk surat bertarikh 5 Mei.
Memetik surat tersebut, Liew berkata Ariff memamklumkan kerajaan sudah pun mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.
Kata
bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, keputusan itu
bersifat pramatang memandangkan keputusan anggota Dewan Rakyat pada 18
Mei ini masih belum diketahui.
Pada masa sama, Liew berkata Ariff
memaklumkan bahagian ketiga dan keempat usulnya menepati keperluan
sebuah usul tergempar, berdasarkan Peraturan 18 Peraturan Mesyuarat
Dewan Rakyat.
Malaysiakini menghubungi Ariff untuk penjelasan
tetapi beliau enggan mengulas lanjut dan meminta ia dilaporkan
berdasarkan kenyataannya.
Ditanya berkenaan sama ada beliau
menerima sebahagian usul Liew berkenaan tempoh sidang, Ariff memberitahu
Malaysiakini bahawa "penjelasan (Anggota Parlimen) Batu Sapi sudah
mencukupi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan