HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2020

Pejuang tak terhegeh-hegeh tawar kerjasama pada Anwar kata Mukhriz


Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak akan "terhegeh-hegeh" menawarkan kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk mengambil alih pentadbiran negara.

Bekas pemimpin Bersatu itu berkata, ini kerana pihaknya tidak dijemput oleh Anwar untuk berbincang berhubung perkara tersebut.

"Jadi takkan kita nak terhegeh-hegeh untuk menawarkan kerjasama dengan beliau, saya sendiri pun rasa hairan dengan tindakan Anwar yang menyatakan bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya sudah mencukupi untuk tujuan itu.

"Di pihak kami yang terdiri daripada Pejuang, Warisan, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) dan pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, setidak-tidaknya ada 18 orang.

"Mungkin jumlah 18 itu dianggap kecil dan Anwar sendiri menyebut bahawa kumpulan Dr Mahathir Mohamad tidak termasuk dalam jumlah sokongan yang beliau ada," katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Setakat ini Upko dan Muda bagi belum mengesahkan kenyataan Mukhriz.

Mukhriz dilapor berkata demikian selepas menjadi panel bagi satu program di Yan, Kedah semalam.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Kuala Lumpur memaklumkan mempunyai majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan dan majoriti yang diperolehi itu adalah konklusif dan bukannya tipis.

“Bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” katanya sambil menambah ahli parlimen yang menyokongnya terdiri daripada pelbagai parti,” katanya sambil menambah mempunyai "dokumen tetap yang tidak boleh diragui" bagi membuktikannya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata hanya akan memberikan butiran lanjut selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Mukhriz turut meminta Anwar mengemukakan bukti jumlah sokongan ahli parlimen yang dimilikinya seperti didakwa apatah lagi selepas pengumuman tersebut telah menimbulkan banyak persoalan.

"Ketika ini tersebar nama ahli parlimen Umno yang dikatakan akan bersama Anwar tetapi seorang demi seorang sudah menafikannya. Ia menimbulkan banyak persoalan," katanya.

Dia juga menyifatkan cakap-cakap berkenaan pilihan raya umum akan diadakan susulan tindakan Anwar itu adalah sesuatu yang kurang sihat ekoran penularan wabak Covid-19 yang masih berlaku.

MR :  Anwar ada 2/3 dengan sokongan Jin Husam 

Tiada ulasan: