HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 September 2020

Tak dedah jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnnya, Anwar berbohong lagi?

 SUARA MERDEKA

ADAKAH Presiden PKR, Datuk Seri Anwar berbohong apabila beliau enggan mendedahkan jumlah sokongan yang diperolehi  untuk menumbangkan  kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi timbulkan persoalan itu kerana ia seperti mengulangi peristiwa pada 16 September 2008 lalu.

Ini ekoran apabila ditanya berapa jumlah ahli parlimen yang menyokongnya Anwar tidak mendedahkan angka itu sebaliknya memberi alasan perlu mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Sedangkan selepas permintaan beliau untuk menghadap Yang di-Partuan Agong kelmarin ditangguhkan, hingga kini belum ada tarikh baharu untuk menghadap. Jadi bilakah kerajaan baharu Anwar ini akan dibentuk?

“Anwar enggan dedah berapa. Kenapa nak sembunyi? Apakah Anwar mahu berbohong lagi seperti kerajaan 16 September 2018. Ketika itu Anwar umum dia sudah ada SD (akuan bersumpah) 30 ahli Parlimen UMNO yang akan melompat.

“Sampai kesudah tidak seorang pun yang melompat. Sampai kini Anwar tidak juga jadi Perdana Menteri (PM),” kata Mohd. Puad dalam hantaran di Facebook.

Puad yang ketika itu Ahli Parlimen Batu Pahat turut mendedahkan setelah 16 Sept tidak menjadi, Anwar menefonnya pada pukul 3 pagi, 19 Sept 2008.

“Anwar pujuk saya supaya sign SD sokong dia jadi PM ganti Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi-PM ketika itu).

“Dia beritahu saya, “Puad, i have enough numbers. It’s going to happen (Puad, saya sudah cukup nombor. Ianya akan terjadi). 25 September kerajaan BN (Barisan Nasional) akan tumbang”.

“Dari 16 September ubah kepada 25 September. Sekarang tarikh pun dia tidak berani umumkan. Siapa nak percaya Anwar? Katanya lagi.

Tetapi tambah Puad, mungkin ada seorang wakil rakyat yang akan percaya dan ikut Anwar iaitu Mohamaddin Ketapi.

“Itu pun kalau dia tidak ditembak jatuh oleh undi rakyat pada 26 September ini.

“Semoga nasibnya tidak tidak sama seperti ayam dan anjing yang ditembak oleh kereta kebal,” sinisnya. – SM

Tiada ulasan: